wow seronok dpt berkongsi idea dlm blog saya.Hantarlah idea yang kreatif agar dapat kita melakar keindahan kehidupan yang penuh cabaran ini :)

Wednesday, 29 June 2011

Minggu ini  jadual harianku agak sibuk kerana  selepas menghantar ika n ila kesekolah, aku berkejar pula menghantar Anis ke maktab Gaya kerana menghadiri kursus. Adooi..............penat betul kerana keadaan jalan yang trafik jam terutama diwaktu pagi. Walau bagaimanapun aku tetap seronok kerana minggu ini juga cucuku saza ada di rumah. Sekurang-kurangnya kepenatanku terubat melihat kepintaran cucuku ini.

Saturday, 25 June 2011

Hari ini aku sibuk menguruskan anakku Zahid yang menghadiri kelas karate  iaitu setiap hari sabtu. Walaupun hari  sabtu jadualku agak padat dengan jadual anak2 yang begitu padat. Jam 9.oo pagi Ika menghadiri kelas tuisyen Mandarin .Syukur alhamdullilah tugas menghantarnya di ambil alih oleh suamiku, sekurang-kurangnya ringan bebanku.
              Jam 2.00 petang aku bergegas ke sekolah anakku Ila n  Ika kerana hari ini adalah perjumpaan ibubapa dengan guru2 sekolah untuk membincangkan mengenai perkembangan pelajaran anak2. Syukur alhamdulillah, kedua-dua anakku mendapat  pencapaian yang sangat membanggakan . Anakku Ila mendapat top 1 dalam kelas 6 M sementara anakku Ika mendapat top 5 dalam kelas 4 M. Aku dan suamiku sangat bangga dengan pencapaian anak2 kami ini. Walaupun keduanya sekolah dalam aliran cina, namun keduanya dapat mengatasi pencapaian rakan2 mereka yang berbangsa cina. Syukur pada Allah, kerana memberikan otak yang cerdik pada anak2 kami. Semoga pencapaian ini akan dapat dikekalkan terutama pada anakku Ila yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada bulan september nanti.

Friday, 24 June 2011

:)

" Pasangan suami isteri yang baik adalah saling lengkap melengkapi untuk menjadikan rumah tangga dalam keluarga yang sakinah dan mawardah. Ketulusan dan keikhlasan amat penting sebagai senjata dalam  rumah tangga. Untuk membina sesebuah rumah tangga yang bahagia, kehermonian dan kepercayaan amat perlu dijaga agar terpelihara dari segala rintangan yang melanda."

Tuesday, 21 June 2011

Oops , dah lama tak dapat menulis dalam blog comelku ini. Maklumlah sejak mula hari persekolahan ini aku sentiasa sibuk menguruskan tiga anakku yang bersekolah. Seawal pagi rutin harianku  sibuk menguruskan suami dan anak2ku.Bila malam pula aku cepat mengantuk dan tak berpeluang untuk mencoretkan dalam blog comelku ini.Beberapa hari ini cuaca amat terik sekali dan dah tiga hari ini aku diserang batuk dan sakit kepala. Walaupun dah makan ubat namun tak juga reda2. Adoi................harap2 janganlah sampai teruk kerana aku amat risau kalau kesihatanku terjejas siapa yang akan mengurus anak2ku.Walau bagaimana sakit kepalaku, aku kuatkan semangat agar penyakit batukku ini tidak menjejaskan tugas2ku menguruskan keluargaku. Doaku semoga Allah memberikan aku kesihatan yang baik. Aamin........................

Friday, 17 June 2011

Seawal  pagi aku bersiap-siap menguruskan anakku zahid, kerana hari ni sekolahnya belajar seperti biasa. Hari ini juga aku membawa kereta avanzaku untuk diservis . Nasibku baik kerana dapat giliran yang cepat dan tak paya tunggu lama. Maklumlah nak cepat sebab nak hantar anakku ika tuisyen petang nanti. Syukur alhamdullilah urusan servis keretaku dapat diselesaikan minggu ini.

Wednesday, 15 June 2011

Cuti sekolah penggal ni, aku berkesempatan melawat  keluarga anakku yazid di Johor. Seronok kerana inilah kali pertama aku sampai ke Johor. Hari Rabu ,jam 3.20 petang kami tiga beranak, Ila n Ika bertolak dari LCCT Kota Kinabalu. Perjalanan kami sangat menyeronokan kerana inilah kali pertama aku ke semananjung tanpa di temani suamiku { tak dapat cuti}. Seronoknya bila dapat bertemu cucuku saza. Wah semakin  besar dan cerdik cucuku ini .Sepanjang berada di semenanjung dapatlah aku bertemu dengan anak2 yang lain, mizi, mimi,aziz.Terima kasih buat anakku yazid dan menantuku linda serta cucuku saza yang melayan kami dengan baik sepanjang berada di semenanjung. Doaku semoga Allah melindungi serta memberkati kehidupan kami sekeluarga. Aamin.

Tuesday, 7 June 2011

Makna Jamak ialah dihimpunkan
Makna Qasar ialah dipendekkan

Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- "Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah".
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.

Jamak Takdim dan diQasarkan (di pendekkan)

1.Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim.
Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak Takhir dan diQasarkan (di pendekkan)

2.Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.
Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:- "Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"
Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-

Jamak takdim dan diqasarkan (di pendekkan)

1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.
Niat untuk sembahyang magrib ialah "Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak takhir dan diqasarkan (di pendekkan)
2.Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.
Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir "Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak"
Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang magrib ialah "sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah".