wow seronok dpt berkongsi idea dlm blog saya.Hantarlah idea yang kreatif agar dapat kita melakar keindahan kehidupan yang penuh cabaran ini :)
Tuesday, 21 June 2011
Oops , dah lama tak dapat menulis dalam blog comelku ini. Maklumlah sejak mula hari persekolahan ini aku sentiasa sibuk menguruskan tiga anakku yang bersekolah. Seawal pagi rutin harianku sibuk menguruskan suami dan anak2ku.Bila malam pula aku cepat mengantuk dan tak berpeluang untuk mencoretkan dalam blog comelku ini.Beberapa hari ini cuaca amat terik sekali dan dah tiga hari ini aku diserang batuk dan sakit kepala. Walaupun dah makan ubat namun tak juga reda2. Adoi................harap2 janganlah sampai teruk kerana aku amat risau kalau kesihatanku terjejas siapa yang akan mengurus anak2ku.Walau bagaimana sakit kepalaku, aku kuatkan semangat agar penyakit batukku ini tidak menjejaskan tugas2ku menguruskan keluargaku. Doaku semoga Allah memberikan aku kesihatan yang baik. Aamin........................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment