
Minggu ni amat sibuk terutama pada kelmarin kerana seawal pagi aku telah berkejar-kejar untuk menghantar anakku Nana kerana mengambil bahagian dalam pertandingan public speaking peringkat Negeri.. Aku amat bangga kerana anakku Nana telah berjaya untuk mewakili daerah Kota Belud ke peringkat negeri. Syukur ALHAMDULILLAH, anakku telah berjaya mendapat Naib johan dalam pertandingan tersebut. Aku bangga kerana anakku mempunyai bakat untuk bercakap di hadapan vvip dan bertutur dalam bahasa inggeris dengan fasih dan menyampaikan idea2 yang keritif dengan baik. Ini bukanlah mudah bagi sesetengah pelajar, namun anakku dapat melakukannya dengan lancar dan mudah... Syukur pada Allah kerana mengurniai aku anak2 yang cerdik .Doaku semoga kesemua anak2ku berjaya dunia dan Akhirat. Hari ni juga anakku Azizi akan balik ke semananjung kerana cutinya selama seminggu sudah habis dan akan memulakan kuliahnya minggu depan.Anakku Zizi telah berjaya menamatkan diplomanya dan telah menerima diplomanya dalam majlis konvo baru2 ini di Politeknik. Doaku semoga anakku ini berjaya mendapatkan degerenya pada tahun hadapan dalam bidang Aircraf Engenering di UNIKL.Doaku semoga Allah memberikan aku dan suamiku kesihatan yang baik agar kami dapat hadir disetiap hari2 kejayaan anak2 kami . Aamin.................
No comments:
Post a Comment