wow seronok dpt berkongsi idea dlm blog saya.Hantarlah idea yang kreatif agar dapat kita melakar keindahan kehidupan yang penuh cabaran ini :)

Tuesday, 27 September 2011

Hari ini  aku tiba2 terkenang kedua  ibubapaku yang dah lama meninggalkan aku, mak dah pergi 15 tahun yang lalu dan ayah lebih kurang 12 tahun. Mungkin dah lama aku tak mengunjungi pusara mereka.Maklumlah aku amat sibuk dengan urusan keluargaku sehingga tak ada masa balik kampung untuk menjenjuk pusara mak n pak. Air mataku mengalir bila terkenang keduanya, kedua insan inilah yang banyak berjasa dalam kehidupanku. Walaupun keduanya sudah lama meninggalkanku, namun kasihsayang mereka  sentiasa dalam kenangan yang tak dapatku lupakan sehingga keakhir hayatku. Doaku semoga Allah menempatkan mereka dikalangan mereka2 yang beriman. A"amin.

Wednesday, 14 September 2011

Hari ini adalah hari terakhir anakku  Ila menduduki peperiksaan UPSR dimana kertas bahasa inggeris dan sains adalah kertas terakhir dalam  ujian ini. Namun hari ini jadual anakku akan berakhir sampai jam 4 .00 petang kerana semua calun UPSR wajib menduduki ujian untuk  IQ iaitu selama sejam lebih. Doaku semoga anakku dapat melalui hari2 terakhir peperiksaan ini dengan jiwa yang tenang dan semoga Allah berikan yang terbaik untuk anak kesayanganku ini. Debaran akan aku lalui dengan berbagai kerisauan setiap anak2ku yang menghadapi peperiksaan. Tahun ini merupakan  tahun yang agak bersejarah juga kerana tiga anakku menghadapi peperiksaan yang agak besar iaitu UPSR, PMR dan SPM. Walaupun aku tahu setiap anak2ku ini sudah membuat persiapan yang agak cukup  memberangsangkan juga, namun naluri seorang ibu tetap dirasai. Aku berdoa padamu ya Allah agar setiap anak2ku ini akan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan masing-masing.

Tuesday, 13 September 2011

Agak lama tak menulis dalam  blog comel ini, banyak  cerita yang tak dapat dicoretkan dalam  blog ni. Minggu ni agak sibuk maklumlah  cuti raya yang agak panjang dan banyak perkara yang harus dibereskan. Walau bagaimanapun aku amat bersyukur kerana dapat melaksanakan niatku untuk mengadakan majlis doa  selamat untuk  tiga anakku yang akan menduduki peperiksaan tahun ini.Walaupun agak kalamkabut namun majlis ni dapat juga disempurnakan. Buat anakku Aya yang  sedang  menduduki peperiksaan UPSR aku berdoa semoga dapat  menghadapinya dengan jiwa yang tenang dan semoga berjaya dalam peperiksaan ini dengan cemalang. Minggu ini juga banyak peristiwa yang sedih dan gembira  yang terpaksa ditempuhi, namun doaku semoga Allah      
melindungi keluargaku.Aamin...............