wow seronok dpt berkongsi idea dlm blog saya.Hantarlah idea yang kreatif agar dapat kita melakar keindahan kehidupan yang penuh cabaran ini :)

Wednesday, 14 September 2011

Hari ini adalah hari terakhir anakku  Ila menduduki peperiksaan UPSR dimana kertas bahasa inggeris dan sains adalah kertas terakhir dalam  ujian ini. Namun hari ini jadual anakku akan berakhir sampai jam 4 .00 petang kerana semua calun UPSR wajib menduduki ujian untuk  IQ iaitu selama sejam lebih. Doaku semoga anakku dapat melalui hari2 terakhir peperiksaan ini dengan jiwa yang tenang dan semoga Allah berikan yang terbaik untuk anak kesayanganku ini. Debaran akan aku lalui dengan berbagai kerisauan setiap anak2ku yang menghadapi peperiksaan. Tahun ini merupakan  tahun yang agak bersejarah juga kerana tiga anakku menghadapi peperiksaan yang agak besar iaitu UPSR, PMR dan SPM. Walaupun aku tahu setiap anak2ku ini sudah membuat persiapan yang agak cukup  memberangsangkan juga, namun naluri seorang ibu tetap dirasai. Aku berdoa padamu ya Allah agar setiap anak2ku ini akan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan masing-masing.

No comments:

Post a Comment