wow seronok dpt berkongsi idea dlm blog saya.Hantarlah idea yang kreatif agar dapat kita melakar keindahan kehidupan yang penuh cabaran ini :)
Sunday, 9 October 2011
pagi ini merupakan hari terakhir peperiksaan PMR dijalankan. Kertas matematik diwaktu pagi dan mata pelajaran K H pada petang nanti.Doaku semoga anakku Zahid dapat menjawab soalan2 nanti dengan sempurna. Semoga Allah memberikan yang terbaik buat anak ku. A ku amat bersyukur dengan pengumuman baget baru2 ni kerana tempoh berpencen dipanjangkan keusia 60 tahun. Maknanya tempoh persaraan suamiku tidaklah berakhir tahun depan.Seronok juga bila bonas diberikan dan imbuhan kenaikan gaji buat semua kakitangan awam.Ya Allah hanya padamu segala kesyukuran ini aku pohonkan kerana suamiku maseh dapat menyumbang tenaga kepada bidang pendidikan. Lega juga hatiku kerana masih ada anak yang perlu dibiaya untuk pendidikan mereka. Semoga suamiku dapat ditukarkan ke sekolah yang agak dekat disekitar Kota Kinabalu kerana sudah agak lama bertugas di daerah Kota Belud iaitu lebih kurang 10 tahun.Doaku semoga Allah berikan yang terbaik buat suamiku agar dia dapat menyumbang tenaga dalam dunia pendidikan.
Tuesday, 4 October 2011
Hari ini adalah hari kedua peperiksaan P M R iaitu kertas bahasa inggeris 1 dan 2 dan sebelah petang pula kertas geografi. Doaku semoga diberikan kemudahan untuk anakku Zahid agar dia dapat menjawab kertas peperiksaannya dengan mudah. Debaran demi debaran jantungku setiap kali anak2ku menduduki peperiksaan.. Lepas anakku Zahid, Ina pula akan menduduki peperiksaan S P M. Doaku semoga kesemua anak2ku yang menduduki peperiksaan tahun ini akan mendapat keputusan yang cemerlang. Aamin........................
Monday, 3 October 2011
Semalam adalah ulang tahun kelahiran suamiku yang ke 57 tahun. Walaupun tak ada sambutan yang selalu kami adakan sekeluarga, namun kami berdua merayakannya dengan keluar berdua makan malam. Ini adalah atas permintaan suamiku yang tak mau menggangu anakku Zahid yang akan menduduki peperiksaan P. M. R pada keesokan harinya. Walaupun cuma kami berdua namun agak bermakna kerana mengingatkan kami pada saat2 di alam perkenalan dulu. Walaupun usia kami berdua sudah agak lanjut namun kenangan semalam seakan masih segar dalam ingatan. Doa kami berdua semoga kehidupan kami sentiasa mendapat keberkatan dan diberikan kesihatan yang baik dan dapat kami berdua melihat kejayaan anak2 kami.D oaku semoga suamiku sentiasa berjaya dalam kerjayanya dan diberikan kesihatan yang baik terutama di saat2 persaraannya tahun hadapan.Aamin.
Subscribe to:
Posts (Atom)