wow seronok dpt berkongsi idea dlm blog saya.Hantarlah idea yang kreatif agar dapat kita melakar keindahan kehidupan yang penuh cabaran ini :)
Monday, 3 October 2011
Semalam adalah ulang tahun kelahiran suamiku yang ke 57 tahun. Walaupun tak ada sambutan yang selalu kami adakan sekeluarga, namun kami berdua merayakannya dengan keluar berdua makan malam. Ini adalah atas permintaan suamiku yang tak mau menggangu anakku Zahid yang akan menduduki peperiksaan P. M. R pada keesokan harinya. Walaupun cuma kami berdua namun agak bermakna kerana mengingatkan kami pada saat2 di alam perkenalan dulu. Walaupun usia kami berdua sudah agak lanjut namun kenangan semalam seakan masih segar dalam ingatan. Doa kami berdua semoga kehidupan kami sentiasa mendapat keberkatan dan diberikan kesihatan yang baik dan dapat kami berdua melihat kejayaan anak2 kami.D oaku semoga suamiku sentiasa berjaya dalam kerjayanya dan diberikan kesihatan yang baik terutama di saat2 persaraannya tahun hadapan.Aamin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment