wow seronok dpt berkongsi idea dlm blog saya.Hantarlah idea yang kreatif agar dapat kita melakar keindahan kehidupan yang penuh cabaran ini :)

Saturday, 31 December 2011

Happ_new_year_by_little_shad0w_large
tik tok tik tok, detik 2011  hanya beberapa detik saja akan meninggalkan sinarnya, sedih juga kerana  tahun ini banyak melakarkan  memori indah dalam keluargaku.Tahun ini aku telah mendapat seorang lagi menantu iaitu anakku Hafiz telah melangsungkan perkawinan dengan Elda. Maknanya membesarlah lagi ahli keluargaku. Doaku semoga kedatangan  detik 2012 akan membawa  seribu rahmat dalam keluargaku. Aamin.............

Wednesday, 28 December 2011

Minggu ini  amat sibuk kerana minggu terakhir cuti persekolahan dan  tahun 2012 hanya beberapa hari lagi menjelma.. Seronok kerana baru balik dari percutian bersama anak2 di semananjung. Syukur alhamdullilah kerana kali ini dapat bercuti dengan anakku yazid serta menantuku linda dan cucuku saza. Semua anak2ku yang berada di semananjung dapat bertemu kecuali hafiz dan anak sulungku mizi. Sedih hatiku kerana anakku mizi tak dapatku temui kerana sebab2 yang tak dapat dielakan. Doaku semoga Allah melindungi keluargaku. Terimakasih buat anakku yazid dan menantuku linda yang banyak membantu sepanjang percutian kami. Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan anakku yazid dan menantuku linda serta cucuku saza. Aamin.........

Wednesday, 21 December 2011

Syukur alhamdulillah segala penantianku membuahkan hasil dimana anakku zahid telah mendapat 7a 1b dalam peperiksaan  PMR yang  baru diumumkan. Walaupun tak mendapat kesemuanya A  dalam peperiksaan ini namun aku cukup bangga dengan pencapaian yang diperolehi olehnya.Doaku semoga zahid  dapat melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. Hari ini juga kami sekeluarga masih berada di Taiping kerana balik bercuti dan datang melawat kampung suamiku. Banyak sekali memori indah yang bermain di mindaku bila datang ke sini.Inilah tempat yang wajib aku sekeluarga lawati kerana disinilah anak2ku  membesar selepas kampungku semporna. Lake Garden tempat anak2 berlari dan bermain dan tak sangka kali ini kami sekeluarga menginap di hotel yang betul2 terletak berhampiran taman ini. Tempat2 anak2ku bermain masih  ada dan memori semalam seakan cepatnya masa berlalu dan kini anak2 dah dewasa semua. Namun tempat ini masih kekal dan banyak pembangunan yang terdapat disini. Taiping oh taiping kau tetap dalam kenangan...............

Monday, 19 December 2011

Hari ini merupakan hari kedua kami sekeluarga berada di penang.seronok sekali kerana kami sekeluarga menaiki feri dari penang ke sebarang perai. Honey  membawa kami kerana mahu anak2 kami merasa bagaimana  seronoknya menaiki feri. Dari penang kami menaiki bas ke pelabuhan, woow seronoknya anak2 terutama ika n aya kerana kalau di sabah kami tak pernah menaiki bas.,maklumlah kalau di sabah kemana saja akan menaiki kenderaan sendiri. Seronoknya percutian ini kerana kami merasa betapa penatnya berjalan kaki sampaikan kekadang kaki ini terasa sakit kerana terlalu penat........sedap pula cendol durian di penang road tadi, pasti akanku rindui bila balik sabah nanti.  Esok hari terakhir lawatan kami di penang, dan tak sabar untuk menamui cucuku saza yang menanti kami di KLIA. D0aku semoga perjalanan kami sentiasa mendapat perlindunganmu ya Allah. Aamin.......................
Hari ini merupakan hari kedua kami sekeluarga berada di penang.seronok sekali kerana kami sekeluarga menaiki feri dari penang ke sebarang perai. Honey  membawa kami kerana mahu anak2 kami merasa bagaimana  seronoknya menaiki feri. Dari penang kami menaiki bas ke pelabuhan, woow seronoknya anak2 terutama ika n aya kerana kalau di sabah kami tak pernah menaiki bas.,maklumlah kalau di sabah kemana saja akan menaiki kenderaan sendiri. Seronoknya percutian ini kerana kami merasa betapa penatnya berjalan kaki sampaikan kekadang kaki ini terasa sakit kerana terlalu penat........sedap pula cendol durian di penang road tadi, pasti akanku rindui bila balik sabah nanti.  Esok hari terakhir lawatan kami di penang, dan tak sabar untuk menamui cucuku saza yang menanti kami di KLIA. D0aku semoga perjalanan kami sentiasa mendapat perlindunganmu ya Allah. Aamin.......................

Sunday, 18 December 2011

Seharian meronda-ronda di sekitat penang road bersama anak2 dan honeyku, seronok melihat gelagat manusia yang begitu sesak disekitar  penang road. Adooi.......... penat juga , maklum disini terpaksa berjalan kaki kerana tak ada kenderan sendiri spt dikk.Walaupun penat tetapi seronok kerana suasananya berbeza tak spt ditempat sendiri. Disini kami bebas bergerak kerana tak siapa kenal dan yang paling seronok dapat makan cendol yang lazat dan aku dapat makan laksa dan sup kuehtiew sekali .Woow....tak sangka begitu lazat, lepas tu oder  sotong kangkung dan rojak buah, ha...ha....sampaikan anak2ku terkejut melihat mama mereka makan begitu berselera...Aku dan honey sememangnya suka makanan disemenanjung dan setiap percutian ke sini kami akan plan awal2 tempat2 yang akan kami kunjungi untuk makan. Penang sememangnya terkenal dengan makanan yang lazat2 spt cendolnya yang  ori yang dicampur santan asli. Ais kacangnya sangat lazat dan aku tak akan melepaskan untuk makan nasi kandar dan pasimornya esok.................Seharian berjalan aku dan honey terlalu letih tetapi anak2 kami biasalah tak pernah penat ada2 saja aktiviti yang mereka lakukan.Pastinya esok akan menanti lagi percutian keluargaku....................:D

Saturday, 17 December 2011

ORANG2 YANG MUSTAJAB DOANYA~

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلاَثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ لَا شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ عَلَى وَلَدِهِ
Dari Abi Hurairah ra berkata, bersabda Rasulullah saw: Tiga do’a yang diijabah, tidak ada keraguan padanya: Do’a orang yang dizhalim, do’a orang yang sedang bepergian, dan do’a orangtua terhadap anaknya. (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Hari ini adalah hari pertama percutian kami sekeluarga di penang.Kelmarin adalah hari yang agak meletihkan kerana penerbangan kami berterusan dari kota kinabalu ke klia dan singga sekejap dan terus ke penang. Aku agak letih tetapi seronok kerana melihat anak2 yang begitu gembira sepanjang perjalanan ini. Biasalah  mereka suka melancung dan percutian ini akan kami nikmati bersama-sama.Selama tiga hari di penang, aku dan honey akan bawa mereka jalan2 sekitar penang kerana tak ada kenderaan sendiri agak menyulitkan kami melawat tempat2 yang agak jauh. Skitar penang road tak jadi masalah kerana boleh dikunjungi dengan berjalan kaki saja. Doaku semoga perjalanan kami sentiasa mendapat perlindungan Allah. Aamin............

Sunday, 11 December 2011

BUAT INSAN YANG BERGELAR IBU.......

Seawal pagi lagi aku telah memandu kereta kesayanganku , Avanza ke kota belud. P agi ini aku terpaksa menghantar anakku  Ina kerana suami tak dapat turun ke KB kerana ada masyurat di kota kinabalu. Walaupun agak malas juga aku memandu ke sana kerana jaraknya yang agak jauh juga,tetapi demi anakku aku gagahi juga kerana Ina ada kelas sains sukan hari ni jam 9.30. Seronok juga memandu ke sana terutama dengan kereta Avanzaku ini. Ina masih lagi menduduki peperiksaan SPM iaitu kertas terakhir sains sukan pada 14hb nanati. Doaku semoga anakku akan berjaya dalam pereriksaan SPM nanti. Aamin..........................................

Thursday, 8 December 2011

Pagi ini aku amat terkejut apabila seawal pagi lagi alam jiranku ( rumah belakang) berbunyi seakan memecahkan telingaku .Aku rasa seakan nak pengsan dan seolah-olah darah keluar dari hidungku kerana terlalu terkejut. Aku amat marah dengan jiran yang kurang ajar ini, kerana bukan sekali dua alam rumahnya menganggu ketenteraman keluargaku dan jiran2 yang lain. Aku amat  bimbang dengan tahap kesihatanku kerana aku pengidap darah tinggi dan aku tak boleh terlalu terkejut dan menyebabkan aku nak pengsan. Syukur alhamdulillah aku sempat istigafar dan mengucap dua kalimah syahadat dan dapat mengawal perasaan terkejutku. Geramnya aku Allah saja yang t tahu. Kalau ikutkan rasa marah, mau saja aku maki dan baling rumahnya dengan batu biar dia belajar adat dan  tak lagi sesuka hatinya membunyikan alam rumahnya. Apalah malang nasip selalu saja berjumpa jiran yang tak tau adat dan kurang ajar pula. Aku bertekad kali ini , aku akan membuat laporan polis jika jiran kurang ajar ini mengulangi lagi perangai buruknya. Aku tak mau sebab angkaranya aku hampir2 pengsan pagi ini. Dasar jiran kafir yang tak tau adat dan tak tau menghormati orang lain.Semoga Allah melindungi keluargaku dari gangguan jiran2 yang tak tahu menghormati orang lain :(

Wednesday, 7 December 2011

menghabiskan masa cuti persekolahan anak2 dengan  banyak berihat dirumah, seronok juga kerana tak payah terburu-buru mengejar masa seperti hari persekolahan. Cuti sekolah tahun ini tak banyak aktiviti anak2 kecuali  seminggu sekali menghantar anakku  Ila ke kelas piano.Doaku semoga anakku ini dapat mengikuti kelas pianonya dan  dapat menguasainya dengan baik.Berdebar juga hatiku bila mengingatkan keputusan PMR tak lama lagi akan diumumkan, doaku semoga anakku Zahid akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ini .Kesihan juga aku pada anakku Ina yang terpaksa bertungkus lumus tika anak2 yang lain berihat menghabaskan cuti dan dia masih menduduki peperiksaan SPM nya. Doaku semoga Allah memberikan yang terbaik buat anakku Ina , semoga kejayaan mengiringi segala kesusahan dan semoga Ina berjaya melangkah ke manara gading. Aamin.....................................

Friday, 2 December 2011

Agak lama tak menulis dalam blog comelku ini, maklum  kesibukanku banyak menghalang untuk melakar dalam dairi comelku ini. Ah ! ini hanyalah alasan kerana kalau difikirkan, sememangnya manusia akan jadikan kesibukan sebagai batu penghalang untuk melakukan sesuatu . Ini termasuklah aku insan biasa yang selalu  tak terkecuali dari kelemahan ini. Hari demi hari usiaku pun semakin mengusur mengikut masa. Tak lama lagi tahun 2011 akan melabuhkan tirainya dan tahun 2012 akan muncul membawa sinarnya. Ini bermakna usiaku pun akan bertambah mengikut datangnya tahun ini. Banyak sekali peristiwa yang berlaku dalam tahun ini kerana tahun ini juga bertambah lagi ahli keluargaku. Ini kerana anakku  Lt. Hafiz telah melangsungkan perkahwinan dengan isterinya Elda. Aku telah mendapat seorang lagi menantu. Doaku agar menantuku Elda menjadi seorang menantu yang baik hati seperti menantuku Linda. Kedua menantuku ini akan menghiasi lagi keceriaan keluarga besarku.. Maha besar Allah yang mengurniakan aku keluarga yang ramai. Semoga perkahwinan anak2ku akan menambahkan lagi cucu2ku kerana cucu kesayanganku saza perlukan sepupu2 untuk bermain.Dalam blogku ini tak dapat aku gambarkan betapa sayangnya aku pada cucuku ini.keriangannya, tawa serta kepintarannya selalu menghiasi setiap ruang kehidupanku.Inilah rahmat ALLAH yang tak dapat digambarkan betapa sayangnya kita pada seorang insan yang bernama cucu. Mungkin perasaan ini hanya dapat dirasa oleh mereka yang sudah bergelar nenek sepertiku. Doaku semoga yang maha Esa sentiasa memberkati kehidupan anak2ku kerana cabaran dan rintangan pasti banyak yang harus mereka tempuhi. Doaku semoga mereka sentiasa beriman dan banyak2 bersabar kerana untuk mencapai sesuatu kejayaan dan kebahagian itu pasti banyak cabaran yang harus kita tempuhi. Inilah seribu kenangan yang aku dan suamiku tempuhi dalam kami membesarkan anak2 kami yang seramai 11 orang ini. Syukur alhamdulillah Allah memberikan yang terbaik untuk anak2ku kerana setakat ini hanya Ina, zahid , Ila dan anak bungsuku Ika yang belum mempunyai kerjaya lagi. Ku pohon padamu ya Allah agar anak2ku ini akan berjaya seperti abang2 dan kakak2 mereka. Semoga sinar 2012 yang tak lama lagi menampakan sinarnya akan membawa seribu kejayaan dan kebahagian dalam keluarga besarku. Aamin........................