wow seronok dpt berkongsi idea dlm blog saya.Hantarlah idea yang kreatif agar dapat kita melakar keindahan kehidupan yang penuh cabaran ini :)

Friday, 2 December 2011

Agak lama tak menulis dalam blog comelku ini, maklum  kesibukanku banyak menghalang untuk melakar dalam dairi comelku ini. Ah ! ini hanyalah alasan kerana kalau difikirkan, sememangnya manusia akan jadikan kesibukan sebagai batu penghalang untuk melakukan sesuatu . Ini termasuklah aku insan biasa yang selalu  tak terkecuali dari kelemahan ini. Hari demi hari usiaku pun semakin mengusur mengikut masa. Tak lama lagi tahun 2011 akan melabuhkan tirainya dan tahun 2012 akan muncul membawa sinarnya. Ini bermakna usiaku pun akan bertambah mengikut datangnya tahun ini. Banyak sekali peristiwa yang berlaku dalam tahun ini kerana tahun ini juga bertambah lagi ahli keluargaku. Ini kerana anakku  Lt. Hafiz telah melangsungkan perkahwinan dengan isterinya Elda. Aku telah mendapat seorang lagi menantu. Doaku agar menantuku Elda menjadi seorang menantu yang baik hati seperti menantuku Linda. Kedua menantuku ini akan menghiasi lagi keceriaan keluarga besarku.. Maha besar Allah yang mengurniakan aku keluarga yang ramai. Semoga perkahwinan anak2ku akan menambahkan lagi cucu2ku kerana cucu kesayanganku saza perlukan sepupu2 untuk bermain.Dalam blogku ini tak dapat aku gambarkan betapa sayangnya aku pada cucuku ini.keriangannya, tawa serta kepintarannya selalu menghiasi setiap ruang kehidupanku.Inilah rahmat ALLAH yang tak dapat digambarkan betapa sayangnya kita pada seorang insan yang bernama cucu. Mungkin perasaan ini hanya dapat dirasa oleh mereka yang sudah bergelar nenek sepertiku. Doaku semoga yang maha Esa sentiasa memberkati kehidupan anak2ku kerana cabaran dan rintangan pasti banyak yang harus mereka tempuhi. Doaku semoga mereka sentiasa beriman dan banyak2 bersabar kerana untuk mencapai sesuatu kejayaan dan kebahagian itu pasti banyak cabaran yang harus kita tempuhi. Inilah seribu kenangan yang aku dan suamiku tempuhi dalam kami membesarkan anak2 kami yang seramai 11 orang ini. Syukur alhamdulillah Allah memberikan yang terbaik untuk anak2ku kerana setakat ini hanya Ina, zahid , Ila dan anak bungsuku Ika yang belum mempunyai kerjaya lagi. Ku pohon padamu ya Allah agar anak2ku ini akan berjaya seperti abang2 dan kakak2 mereka. Semoga sinar 2012 yang tak lama lagi menampakan sinarnya akan membawa seribu kejayaan dan kebahagian dalam keluarga besarku. Aamin........................

No comments:

Post a Comment