wow seronok dpt berkongsi idea dlm blog saya.Hantarlah idea yang kreatif agar dapat kita melakar keindahan kehidupan yang penuh cabaran ini :)

Wednesday, 16 May 2012



   Semalam adalah ulang tahun kelahiran ku yang ke- 52 tahun. Tak ada yang dapat aku ungkapan selain memanjatkan syukur kepada yang maha  Esa kerana diberikan peluang untuk aku dapat merayakan hari yang paling bermakna ini. Aku amat bersyukur kerana suamiku dan anak2 telah merayakannya dengan penuh makna, walaupun separuh daripada anak2ku tak dapat merayakannya bersama namun dengan pangilan talipon dari anak2ku cukup membahagiakan hati ibu tua ini. Tak dapatku gambarkan betapa bahagianya aku kerana mendapat anak2 yang selalu mengingati akan tarikh2 penting dalam kehidupan ini. Kepada suamiku ( En Muhamad Yew} sekalung tahniah dan terima kasih honey, kerana belanja aku dan anak2 makan sempena ulang tahunku ini.Doaku semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan keluargaku dan memberikan kesihatan yang baik agar aku dapat melihat kejayaan anak2ku dan dapat merayakan hari - hari kejayaan anak2 kami. Aamin.................

No comments:

Post a Comment