wow seronok dpt berkongsi idea dlm blog saya.Hantarlah idea yang kreatif agar dapat kita melakar keindahan kehidupan yang penuh cabaran ini :)

Tuesday, 31 July 2012



    Agak lama juga jari ini tak melakar sekumit ayat dalam blog comelku ini. Kekadang rindu juga
      
       hendak menulis tapi  alahai....malaslah jadi jawapannya :{ Sedar tak sedar dah hari yang 12 bulan

       umat islam berpuasa. Syukur alhamdulillah ramadhan ini dapat lagi aku menyambutmu dengan penuh

      kesyukuran dan dapat mengerjakan ibadat sunat sembahyang tarwih . Ya Allah inilah kurniaanmu yang

      sangat besar buatku, semoga aku sentiasa sihat dan dapat mengerjakan ibadat puasaku dengan

      sempurna sepanjang bulan ramadhan ini.. Ramadhan kali ini agak sunyi juga rumahku kerana hanya aku,

     suami dan tiga anakku yang merayakannya kerana anak2 yang lain semuanya berada di semananjung

    kimanis dan tuaran. Hujung minggu dua anak perempuanku selalunya balik dan meriahlah rumah.

   Doaku semoga dihari lebaran nanti dapatlah keluarga kami berkumpul, tahun ini juga aku akan menyambut

     seorang lagi cucu. Ya Allah semoga kau berkatilah kehidupan kami sekeluarga kami dan semoga

     ramadhan yang mendatang dapat dirayakan lagi . Insyallah.............................

No comments:

Post a Comment