Hari-hari yang aku lalui kekadang menyeronokan dan ada kalanya semacam malas......ah seronok juga kalau dapat melakarnya dalam blog comelku ini. Aku seronok sekurang2nya aktif juga otakku maklumlah usia yang semakin emas ini , semacam malas nak fikir benda2 yang berat2......Tapi kalau aku tak melakar coretan dalam blogku ini takut otak ini akan beku pula..he....he....:D
Pagi ini aku keseorangan di rumah, maklum semua anak2ku sudah pergi sekolah...kerja2 rumah dah beres sejak awal lagi...coretan2 dalam blogku inilah yang sangat aku seronok untuk melakarnya. Dalam perjalanan kehidupan seharianku, aku kekdang sunyi. maklumlah anak2 sudah dewasa dan sibuk dengan kerjaya masing2........Walaupun aku terlalu rindu pada anak2 dan dua cucu kesayanganku ; saza dan adam namun aku cuba untuk tidak melayan kerinduanku ini. Aku tahu masa tidak akan kembali dan memori semalam hanyalah jadi kenangan manis dan aku tahu anak2ku sudah ada kehidupan masing2.......:(.......^....)
Memori aku membesarkan anak2ku yang seramai 11 orang ini, merupakan satu memori yang sangat indah dan tak mungkin dapat digambarkan . Walaupu masa terlalu cepat berputar , aku amat bersyukur kepada yang maha berkuasa kerana dengan izinnya, anak2ku telah berjaya dalam bidang yang mereka minati. Sebagai seorang ibu yang meniti hari2 tua ini amat bangga dengan pencapaian mereka. Doaku semoga kehidupan mereka sentiasa mendapat keberkatanmu. Aamin.....
No comments:
Post a Comment