wow seronok dpt berkongsi idea dlm blog saya.Hantarlah idea yang kreatif agar dapat kita melakar keindahan kehidupan yang penuh cabaran ini :)

Sunday, 17 March 2013



s  Hari ini kepalaku agak berserabut, ini kerana semalam ada masalah lagi dengan hamba allah yang seorang ni..... tak payah sebut namanya buat panas kepala saja.............tak habis2  dengan sifat cemburu yang membosankan. aku jadi muak dengan sifat yang tak bertimbang rasanya, kalau tak fikir dengan waras mau saja aku nyah dia dalam hidupku............::(....Inilah kehidupan yang tak habis2 dengan masalah...........

 Hamba allah inilah yang tak habis2 menganggu kehidupanku....sejak dulu sampai sekarang apa saja yang aku lakukan semua akan menimbulkan rasa cemburunya....sampaikan aku menjadi surirumah sepanjang masa kerana tak sanggup dengan sifat buruknya ini...sekarang dah masuk usia emaspun  aku tak boleh buat sesuatu yang aku minati....malah aku keluar mengajipun menimbulkan rasa tak puas hatinya....kekadang kalau tak fikir demi kebaikan anak2ku mau saja aku berdikari tak sanggup hidup dengan hamba allah yang suka menggangu kehidupanku. Sudahlah aku habiskan masa mudaku mengurus kebajikannya.  sekarang aku nak mencari ilmu yang dapat aku jadikan sebagai amalan di hari tuaku...............Tapi banyak sekali halangan yang terpaksa aku hadapi......sudahlah aku terpaksa menguruskan segala keperluan keluarga seawal pagi dan terpaksa  pula memandu ke masjid bandar raya yang agak jauh . Dengan usia yang agak lanjut ini kekadang kalau tak dikuatkan semangat  rasa macam tak mampu untuk meneruskan pengajianku ini.

    Setiap hari aku amalkan  ayat 1000 dinar. agar Allah memudahkan segala urusan harianku, doaku semoga aku dapat meneruskan kelas mengajiku dan semoga suatu hari nanti aku dapat membaca ayat2 Al- Quran dengan baik.A ku amat bertuah Allah temukan aku dengan seorang ustaz yang baik dan sabar membimbing aku membaca  mukaddam.......walaupun kekadang aku malu juga kerana dalam usia yang lanjut ini aku mulai  membaca dari peringkat bawah...... tapi tak apa niatku biar apapun cabaran  yang berat aku akan hadapi semoga Allah membantuku dan semoga suatu hari aku dapat membaca dengan baik.............

No comments:

Post a Comment