Hari ini adalah minggu pertama dibulan april, terlalu cepat masa berlalu seakan baru semalam tahun 2012 menjelma. Denyutan masa pantas beredar seakan cepatnya denyutan jantung seorang insan. Ooops tak lama lagi tanggal 16mei menjelma dan tarikh ini merupakan tarikh keramat bagiku kerana akan bertambah lagi usiaku sebagai seorang insan di bumi Allah ini.Doaku semoga Allah sentiasa memberkati kehidupanku bersama-sama keluarga yang amat aku sayangi ini.Buat anak-anakku, aku selalu mendoakan agar kehidupan mereka dilimpahi keberkatan oleh yang maha Esa.Dalam usiaku yang melangkah usia emas, aku memohon pada yang maha Esa agar diberikan kesihatan yang baik dan dibagi peluang melihat anak-anakku berjaya.
Bagi seorang ibu, doa, harapan yang menggunung dan mendapat anak-anak yang sentiasa menyayanggiku adalah impianku sebelum yang Maha Esa menjemputku nanti. Aamin..........................
MYFJ2012...............
No comments:
Post a Comment