wow seronok dpt berkongsi idea dlm blog saya.Hantarlah idea yang kreatif agar dapat kita melakar keindahan kehidupan yang penuh cabaran ini :)

Monday, 2 September 2013



   Hari ni Ika tak pergi sekolah sebab lewat bangun............ adooi....tak taulah anak bungsuku ini semakin liat bangun pagi......


  Agak lama juga aku tak mencatatkan sebarang nota dalam blog comelku ini , tak taulah sebab terlalu sibuk dengan kerja2 rumah yang tak ada penghujungnya.......kesihatanku juga agak selalu tak menentu....kekadang sihat dan kekadang pening2...ah....ini realiti jika usia semakin melabuhkan senjanya......Namun aku sentiasa memanjatkan doa pada yang maha Esa agar kehidupanku sentiasa diberikannya 6K......kesihatan yang baik,  Keimanan; Ketenangan , Kebahagiaan,  Kesenangan  DAN   Kesejetrahan  Dunia Akhirat................Aamin.....





             M Y F J  / 2 0 13..........

Monday, 8 July 2013


 Sdekeping hati cerminan diri.....................



    "
Agar keiklasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara dalam bentuk yang  diluar  bayangan dan jangkaan kita. kerana kita manusia yang sering lupa bahawa kita adalah hambanya................""


   



" Marah adalah luahan rasa tidak puas hati dengan mengharapkan perubahan. Manakala benci adalah luahan rasa tidak puas hati tanpa mengharapkan perubahan............."













           M Y F J ...... ...2013..........


 

 SERAUT KATA, SELAUT RASA....................


        " Allah mengatur hidup kita, bukan untuk membatukan diri di zon selesa..........."



 Rumah besar belum tentu bahagia, Rumah sempit belum tentu derita..........
 Bahagia ataupun Derita ia adalah bahasa Hati........
 Hati yang menentukan sama ada kita bahagia ataupun derita........."

      :"









Ramadhan yang mulia akan disambut pada esok hari, makananya seluruh umat islam di muka bumi akan berpuasa pada esok hari. Ya Allah kupanjatkan doa padamu kerana memberiku  peluang lagi dapat merasakan kebesaran bulan yang mulia ini.......semoga bulan yang penuh berakah ini dapat kami sekeluarga melaksanakan ibadat dengan penuh keinsafan dan kesyukuran kerana  berpeluang lagi menjalankan ibadat yang mulia ini............

Sunday, 19 May 2013


Renung2kan...............

"Setiap apa yang kita usahkan pada hari ini, akan menentukan sejauh mana atau hasil yang akan kita tuai  dikemudian kelak........."



     



         


     Sedih juga hatiku kerana tak dapat menulis dalam blogku ini mengenai sambutan kelahiranku pada 16hb meii  yang baru beberapa hari berlalu.........kerana tarikh itu merupakan tarikh keramat kerana lahirnya aku ke muka bumi ini......  dan ini bermakna aku sudah 53 tahun dapat menikmati segala yang ada di muka bumi ini......... syukur alhamdulillah  Allah memberikan aku kehidupan yang sangat bermakna disamping suami. anak2 , menantu dan dua cucu kesayanganku......Syaza dan Adam firdaus..... seribu doa ku panjatkan untuk yang maha pencipta....... Ya Allah semoga usia yang sangat bermakna ini dapat dimanafatkan untuk beramal untuk
mu dan berbakti untuk keluargaku...................Aamin...................

Monday, 13 May 2013



    Seronoknya setiap hari selasa dapatlah jari2 ini menulis  catatan dalam blog comelku ini...........walaupun hanya seminggu sekali namun syukur alhamdulillah kerana dengan bantuan pembantuku bibing dapatlah aku merehatkan fizikal dan mindaku yang tak pernah rehat menguruskan rumahku yang  tak pernah habis2............... Minggu ini aku tak sihat kerana diserang batuk dan selesma.....:(....namun legah juga selepas jumpa doktor dan minum anti biotik.....ah ini yang sangat aku tak seronok sebab berbarig disebbkan pening............aku jarang sakit tapi kalau tak sihat mesti banyak berbaring.................Aku terima ini sebagai ujian dari Allah . Minggu ini juga aku menyambut dua hari yang sangat membahagiakanku kerana  " sambutan Hari Ibu.." dan pada 16hb mei nanti aku akan menyambut ulang tahun kelahiranku.................oops.............dah tua nampaknya syukur alhamdulillah dalam usia yang agak emas ini aku maseh mampu mengurus anak2 dan keluargaku.  Inilah yang sangat mengembirakan hatiku......Terimakasih buat anakku Anis yang sangat ambil berat tentang kesihatanku dan bersusah payah balik dari Kimanis untuk menghadiahkan aku kek sambutan hari ibu.............................Thanks buat anak2 yang lain yang menelipon dan hantar sms sempena hari yang mengembirakan semua insan yang bergelar ibu.......................... Doaku semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan keluargaku. Aamn..................................




                    M Y F J .....2013................

Monday, 6 May 2013



      Renung2kan..................

             "Tidak ada rumah bagi seseorang untuk ditempati setelah kematian.....,

               kecuali rumah yang dia bangunkan sebelum kematiannya........."  





             m y f j 2013.............

         Hari ini agak seronok kerana aku tak payah susah2 membersihkan rumah kerana pembantuku bibing datang membersihkan rumahku. Walaupun dia hanya datang seminggu sekali ini sudah cukup meringankan tugas2ku seharian. Maknanya seminggu sekali aku dapat rehat dari beban tugas menguruskan  rumah yang tak  pernah siap2 ini................ Aku sendirian lagi  kerana anak sulungku mizi dan menantuku sasha baru balik ke semanjung pagi tadi  selepas berada di sabah selama 4 hari. Mizi balik mengundi............... Sunyi juga kekadang aku rasakan,  tapi apakan daya inilah  reality kehidupan .Anak2 sudah dewasa dan masing2 sudah mempunyi kehidupan sendiri..............................................................::(........  aku dan honey saja yang akan tinggal berdua.........Doaku agar semua anak2ku  berjaya di dunia dan akhirat...................Aamin.............

Monday, 18 March 2013




 " kesabaran dan  bertimbang rasa adalah dua sifat yang perlu ada dalam kehidupan sesorang insan
   kekadang ada perkara yang memerlukan pengorbanan yang terpaksa kita lakukan.........................."




                F J /2 0 1 3............::D



    Minggu ini agak sibuk sedikit sebab ada pembaikan  dan pengubahsuaian di rumah.......adooi mesti berserabut lagi tak apalah asalkan rumahku cantik dan selesa.................nampaknya hari ini tak ada yang patut aku buat tergesa-gesa kerana seawal pagi aku telah menyiapkan makanan untuk kedua anakku ika n ila.....pembantu rumahku pun hari ini datang untuk meringkan tugas2 seharian ku.........syukur alhamdulillah
Allah berikan yang terbaik..........:D


   

Sunday, 17 March 2013



s  Hari ini kepalaku agak berserabut, ini kerana semalam ada masalah lagi dengan hamba allah yang seorang ni..... tak payah sebut namanya buat panas kepala saja.............tak habis2  dengan sifat cemburu yang membosankan. aku jadi muak dengan sifat yang tak bertimbang rasanya, kalau tak fikir dengan waras mau saja aku nyah dia dalam hidupku............::(....Inilah kehidupan yang tak habis2 dengan masalah...........

 Hamba allah inilah yang tak habis2 menganggu kehidupanku....sejak dulu sampai sekarang apa saja yang aku lakukan semua akan menimbulkan rasa cemburunya....sampaikan aku menjadi surirumah sepanjang masa kerana tak sanggup dengan sifat buruknya ini...sekarang dah masuk usia emaspun  aku tak boleh buat sesuatu yang aku minati....malah aku keluar mengajipun menimbulkan rasa tak puas hatinya....kekadang kalau tak fikir demi kebaikan anak2ku mau saja aku berdikari tak sanggup hidup dengan hamba allah yang suka menggangu kehidupanku. Sudahlah aku habiskan masa mudaku mengurus kebajikannya.  sekarang aku nak mencari ilmu yang dapat aku jadikan sebagai amalan di hari tuaku...............Tapi banyak sekali halangan yang terpaksa aku hadapi......sudahlah aku terpaksa menguruskan segala keperluan keluarga seawal pagi dan terpaksa  pula memandu ke masjid bandar raya yang agak jauh . Dengan usia yang agak lanjut ini kekadang kalau tak dikuatkan semangat  rasa macam tak mampu untuk meneruskan pengajianku ini.

    Setiap hari aku amalkan  ayat 1000 dinar. agar Allah memudahkan segala urusan harianku, doaku semoga aku dapat meneruskan kelas mengajiku dan semoga suatu hari nanti aku dapat membaca ayat2 Al- Quran dengan baik.A ku amat bertuah Allah temukan aku dengan seorang ustaz yang baik dan sabar membimbing aku membaca  mukaddam.......walaupun kekadang aku malu juga kerana dalam usia yang lanjut ini aku mulai  membaca dari peringkat bawah...... tapi tak apa niatku biar apapun cabaran  yang berat aku akan hadapi semoga Allah membantuku dan semoga suatu hari aku dapat membaca dengan baik.............

Friday, 15 March 2013



        " setiap hari pasti duduk depan tv menunggu siaran berita, semoga tiada lagi anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden pencorobohan di Lahad Datu.Doaku dan seluruh rakyat Malaysia agar semua pencoroboh2 ini dapat dihapuskan..........."



    Seawal pagi sudah bergegas ke sekolah menghantar anak yang bersekolah pada hari ini,adoi...........hari sabtu pun tak dapat rehat2 tak apala  h demi anak dikuatkan juga tulang dan badan ini untuk memandu. Hari2 jadualku tak pernah tak sibuk ada2 saja tugasan yang harus di selesaikan.  Kekadang terfikir juga dalam benakku seandainya ditakdirkan badan ini sakit, macamlah anak2 ku pergi sekolah.....ah.... tak payah fikir........ semoga Allah sentiasa memberikan yang terbaik agar aku dapat menjalankan tugasku sebagai ibu dengan terbaik...........

      Adoi.............yang ini satu lagi anakku yang seorang ni..... bukan main liat kalau bangun pagi, macam mulut si piah aku membebel suruh dia bangun......ini lagi masalah pembantu rumahku yang bergerak macam siput, dah badan besar banyak songeh pula kalau di tegur kerjanya................macam2 yang terpaksa aku hadapi...........

         he....he.... membebel pula aku seorang2 , tak apalah inilah kehidupan yang penuh dengan warna2 yang penting aku happy mencorakkan kehidupan harian ku walaupun terpaksa menahan kepenatan dengan tugas hariaku yang tak ada penghujungnya................Dairi kehidupan seorang suri rumah............( o  o )





                                                                                                  MYFJ  2013....................

Monday, 11 March 2013





      Setiap hari aku duduk depan tv menanti siaran berita, harap2 semua anggota keselamatan selamat dan tak ada lagi yang terkorban menentang petualang pilipin ( sulu ) Ah............dasar penjahat yang tak kenang budi. Mereka datang ke negara kita nak tunjuk berani.....bah baru kau tau macam mana kuatnya pertahanan negara kami.....matilah semua penganas ........  Doaku semoga cepat2lah keadaan ini berakhir tak tahan hari2 takut dengan pengganas kurang ajar ini..............................


 Sejak beberapa hari yang lalu negara di kejutkan dengan peristiwa pemberontak di lahad datu. Ya Allah hanya padamu sajalah kami memohon pertolongan dan  perlindungan.Dup....dap  .....dup...dap  jantungku berdebar ketakutan banyak kemungkinan yang bermain dalam fikiran. pencoroboh pillipin yang kurang ajar datang secara biadap meminta tuntutan sabah. Aah..............sudahlah datang  secara biadap berani pula menembak anggota keselamatan, kesian isteri2 dan anak2 kehilangan tempat bergantung. semoga Allah meletakkan roh mereka dikalangan para syudah.....................Aamin...........


   
   

Saturday, 2 March 2013





         " Duduk depan tv sambil menunggu berita terkini, semoga inseden pencorobohan di Lahad Datu segeralah selesai....................( 0 0 ) "









     Semalaman mata ini susah nak lelap kerana terlalu bimbang dengan inseden di Lahad Datu dan sudahpun menular ke daerah  Semporna....dup....dup....jantungku berdebar memikirkan keselamatan keluargaku. Tak sabar2 aku mau peristiwa ini cepatlah selesai.......Air mataku mengalir sedih melihat kesedihan keluarga dua anggota polis yang terkorban dalam peristiwa yang sangat menakutkan seluruh penduduk Sabah.....:(( Doaku agar Allah sentiasa melindungi keselamatan keluargaku.............

      Peristiwa hitam yang berlaku di Lahad Datu itu amat menakutkan kerana dengan banyaknya warga Filipin di Sabah merupkan  ancaman pada keselamatan sabah,  takut mereka ambil kesempatan buat kacau......Ya Allah semoga keselamatan warga Sabah akan sentiasa mendapat lindunganmu.............

      Ketakutanku ini kekdang membuat anggota badanku mengeletar dan kekadang macam nak pitam....Adoi......kenapalah petualang ini buat kacau dekat sini, pergilah balik negera kauorang dasar manusia tak boleh diuntung.......dah Malaysia benarkan mereka cari rezeki disini nak buat kacau pula...:{

     Doaku agar keselamatan sabah dan warganya serta keluargaku terpelihara........Aamin........................

Wednesday, 27 February 2013



    Santapan minda:

                  "Kegagalan, kekecawaan dan kesedihan tiga perkara yang semua insan akan lalui........
                    walau bagaimanapun, terpulanglah kepada kita bagaimana hendak menananginya,
                    Bertindaklah secara positif dan  banyakan berdoa pada yang maha  Esa agar semua
                    dipermudahkan.................."


     Hai salam pertemuan di blog comelku ini, Aduh......kelmarin tak dapat  menaip lakaran indah diblog kerana tak ada masa nak tekan butang laptop. Eh.......eh.....sibuk mengurus rumah sampai tak sempat duduk2 menaip...........:(


    Hari ini pembantuku ada jadi aku taklah sibuk, tik.....tok......tik...tok ..aku menaip sambil otak ini berlegar mencari idea yang hendak dikongsi dalam blog comelku ini........cuaca hari ini amat panas , sejak awal lagi bahangnya begitu terasa.......ini yang amat membatas langkahku kerana aku tak tahan panas. Maklumlah  spesis tinggi darah sepertiku akan pening2 jikalau terlalu terdedah dengan cuaca panas............bah duduk diam2 di bawa kipas angin sambil menekan butang2 laptop , itulah yang terbaik.............

     Setiap selesai mengambil anak bungsuku dari sekolah, aku bergegas untuk menunaikan solat asar, leoas tu sediakan hidangan malam....tepat jam 6.00 petang aku pastikan duduk depan tv sebab siri kegemaranku Adam dan Hawa di astro ria; He.....he......seronok betul cerita ini dan amat menghibur. Alahai hanya sekadar hiburan,,,,,,,,,,,,,,:D  Tap.....tap.........bye...........

Monday, 25 February 2013




He......he......seronok pula rasanya jari2 ini menekan butang2 laptop, sambil otak ini berlegar mengingat bait2 indah yang hendak ditulis dalam blog comelku n.........

     Bukan apa sekadar melatih otak ini agar tidak sunyi takut jadi lembab, subhanallah........minta di jauhi malaikat 44 jangan sampai tak gerakkannya ,macam mesin tua kalau tak dihidupkan tentu ia akan berkarat............betul tak........kah.......kak.........:)


      Ting...tong ..ting...tong.....jam udah berbunyi menunjukkan udah jam 9.00 , makna masih ada satu jam lagi anakku Ila akan ke sekolah ' Sementara pembantuku  membersihkan rung atas rumahku.....he....he.....biarlah si Lina buat kerjanya, dan aku sibuk menekan butang laptopku ini........ingat... lupa....apa lagi ya yang hendak dicoletihkan...........:(


          Tiba2 broom.............bunyi motosikal jiraku menggangu mindaku....ah....ini mesti simat terangganu tu tak pergi kerja.............bah aku stop disini dulu n nantiku sambung lagi...............
   
   













 :
 SANTAPAN  MINDA :
                               



                      " Ibu adalah gedung ilmu, apabila dia mempersiapkannya, Dia telah  menjana satu bangsa yang  baik keturunannya.

                       Ibu ialah taman  yang menjanjikan kehidupan, Dia ialah sahabat terbaik yang boleh dijadikan rujukan. Dengan keelokan dan segenap   kelembutan dia dapat menenangkan jiwa insan.
Ibu adalah guru daripada para guru terdahulu.
Ibu menyalakan keistimewaannya sejauh ufuk...............: (o  o )  "





                                                                           MYFJ / 2013....................


  Hari  ini ( 25/2/2013) aku ronda2 di 1 Borneo bersama-sama anak bungsuku  ika. Ika cuti sekolah ari ini kerana sambutn Chop Gomi   . seronok kerana tak payah terburu-buru nak balik. kami makan-makan sambil melihat kedai2 di 1 Borneo..........Seperti kebiasaan kedai kegemaran Ika , " kedai Harris" pasti akan menyambut kedtangan kami.........

Sunday, 24 February 2013




   Lakaran kehidupan...............( o o)



              " Cemburu tanda sayang dan cinta, itulah yang sering diungkapkan sejak zaman - berzaman...... Namun persoalannya setakat manakah rasa cemburu itu mesti ada dalam  diri  kita.
Lebih memeningkan  tiada siapa dapat mengukur tahap
cemburu  yang perlu ada sehingga menyebabkan  timbul rasa cemburu yang berlebihp lebihan.


               Cemburu ialah kombinasi beberapa emosi seperti rasa tidak senang , marah dan ketakutan. Cemburu yang keterlaluan bukanlah eksrasi cinta............"
   




        MYFJ/ 2013...........
 

     Manisnya kehidupan :

                          Dalam kehidupan  setiap manusia ada detik- detik yang sangat berkesan di hati, tidak mudah dihapuskan daripada ingatan sepanjang hayat. Antatanya termasuk akad nikah. Memang mengucapkan ijab kabul sangat ringan  dlam pada lidah , namun pada hakikatnya sangat berat.

                       Ijab kabul ialah ikrar , janji setia antara suami- isteri unyuk membangun sebuah rumahtangga................. Agar succes  dalam memikul amanah  yang berat ini kewajipn harus dipikul secara seimbang antara suamiisteri.................

Friday, 22 February 2013



     " Empat perkara yang mendatangkan kebahagian, iaitu buku yang bermanafaat,

       anak yang berbakti, isteri yang mencintai dan kawan yang soleh........."




                                                                           MYFJ / 2013..............


Hari ini adalah hari kelepasan dan anak2ku tak sekolah, jadi taklah terlalu sibuk. Minggu ini hanya anakku Anis yang balik dan anakku fathin tak balik........mungkin pent sebab kelmarin  mereka ada kelas memasak....he...he....lucu juga bila teringatkan fathin, pandaikah dia membuat menu yang di minta disediakan mengikut  kaum cina......ikut bangsa pelajar.  Harap2 fathin berjaya dalam tugasan ini........


     Walaupun hari ni tak sekolah, namun ada kelas tambahan zahid dan kelas piano Ila. Bah mesti awal masak supaya anak2 dapat makan sebelum pergi ke kelas masing2..........

    Syukur alhamdulillah, Allah permudahkan semua kerja2ku kerana dengan ada pembantu rumahku,Linah dapatlah aku rehat2 dan dapat menulis memori harianku dalam blog comelku ini (o o )

Hari ini juga aku kena  pergi rumah anakku  Yazid di Taman Melawa kerana ada  pembeli nak tengok rumah itu,......bah aku nak  tamatkan penulisan di blogku ini sebab nak   rehat sekejap..................:D

Thursday, 21 February 2013







            Memori seorang nenek..........

          "Hubungan antara nenek dan cucu memang cukup istimewa dan memberikan
             kesan tersendiri  terhadap kehidupan seseorang. Bahkan ikatan ini akan

             berkekalan  hingga mereka dewasa, Walaupun si nenek telah meninggal
            dunia. Kenangan ini akan tetap tersimpan rapi di ingatan dan sesakali
           bertandang saat mengimbau zaman kecil mereka......."


    Manis -manis kehidupan...:


     " Proses penuaan adalah satu proses semula jadi  setiap insan. Sememangnya proses ini ( penuaan ) tidak dapat dielakkan, kerna ia tetap akan singgah jua pada wajah apabila tiba masanya....."

        Jangan risau pada perubahan kulit dan penampilan kerana semakin  bertambahnya usia kita kematangan juga akan terselah. Kita tidak dapat menolak takdir,  walau bagaimanapun pengambilan kolagen dan menjaga pemakanan serta vitamen2 tertentu akan membantu melewatkan penuaan........

      Walaupun usia semakin meningkat, anda sebenarnya semakin cantik. "
Hari-hari yang aku lalui kekadang menyeronokan dan ada kalanya semacam malas......ah seronok juga kalau dapat melakarnya dalam blog comelku ini. Aku seronok sekurang2nya aktif juga otakku maklumlah usia yang semakin emas ini , semacam malas nak fikir benda2 yang berat2......Tapi kalau aku tak melakar coretan dalam blogku ini takut otak ini akan beku pula..he....he....:D

      Pagi ini aku keseorangan di rumah, maklum semua anak2ku sudah pergi sekolah...kerja2 rumah dah beres sejak awal lagi...coretan2 dalam blogku inilah yang sangat aku seronok untuk melakarnya. Dalam perjalanan kehidupan seharianku, aku kekdang sunyi. maklumlah anak2 sudah dewasa dan sibuk dengan kerjaya masing2........Walaupun aku terlalu rindu pada anak2 dan dua cucu  kesayanganku ; saza dan adam namun aku cuba untuk tidak melayan kerinduanku ini. Aku tahu masa tidak akan  kembali dan memori semalam hanyalah jadi  kenangan manis dan aku tahu anak2ku sudah ada kehidupan masing2.......:(.......^....)
       
         Memori aku membesarkan anak2ku yang seramai 11 orang ini, merupakan satu memori yang sangat indah dan tak mungkin dapat digambarkan . Walaupu masa terlalu cepat berputar , aku amat bersyukur kepada yang maha berkuasa kerana dengan izinnya, anak2ku  telah berjaya dalam bidang yang mereka minati. Sebagai seorang ibu yang meniti hari2 tua ini amat bangga dengan pencapaian mereka. Doaku semoga kehidupan mereka sentiasa mendapat keberkatanmu.     Aamin.....

Wednesday, 20 February 2013


  Asam Garam Kehidupan:.....

     Antara mitos dan fakta;  

                 Menopaus sesuatu yang semula jadi  dalam kehidupan seseorang wanita. Ia adalah hanya  satu fasa dalam kehidupan seorang wanita seperti baligh dan mengandung. Pengalaman seorang wanita adalah unik dan tidak semua orang mengalami gejala= gejala selalu dialami olehyang menyenangkan. Setengah wanita akan melalui  tanda-tanda yang sangat ringan atau simpton yang tidak disedari.

               Hot flushes ( kepanasan ) adalah antara simptom menopaus yang paling biasa, Kemurungan  adalah simpton yang se Namunla erlaku apabila seorang wanita berada difasa menopaus. Perubahan hormon mungkin akan menyebabkan mood  tidak menentu tapi tidak sama dengan masalah berkaitan psikologi.
 
   Pertambahan berat badan juga merupakan simpton yang membimbangkan wanita,


Sekilas pandang:

            Apabila nilai kasih sayang hilang........tentunya nilai kasih sayang amat bernilai bagi semua insan. Tanpa kasih sayang hidup menjadi hambar dan bosan. Ini kerana setiap rutin harian kita adalah bersandarkan semengat kasih sayang. Kasih sayang kepada kedua ibubapa, kasih sayang kepada keluarga dan kasih sayang kepada sesama insan sesajat,.......( 0 0 )

           Kasih sayang amat berharga dan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.Kasih sayang yang berlandaskan kejujuran akan berkekalan hingga keakhir hayat......:D


            Doa adalah hadiah paling murah dan berharga, dengan doa kita dapat membina keutuhan kasih sayang yang berpanjangan dan kekal hingga hujunh nyawa.......

              Nilai kasih sayang amat bermakna dalam kehidupan seorang insan- semoga kehidupan kita akan dihiasi dengan sebutir mutiara yang amat bernilai iaitu kasih sayang.................

  Santapan Minda........  .

A
andainya a ku  dapat kembali ke dunia nescaya aku akan mendidik anakku dengan ilmu agama
agar dia dapat mendoakanku....................

Rasulallah bersabda, maksudnya:

"Apabila  telah mati seorang manusia, maka putuslah amalannya kecuali tiga perkara :

1.  Sedekah jariah
2 ilmu yang bermanafaat
3Anak yang soleh yang mendoakan untuknya,"

( Riwayat Muslim)
 Minda yang cergas merupakan  anugerah yang sangat bernilai daripada Allah kepada hamba2nya. Begitu juga dengan kesihatan dan kemurahan rezeki dan kegembiraan adalah anugerah yang maha pencipta berikan kepda hambanya, hanya dialah yang berhak untuk mengambilnya daripada kita. Sebagai seorang hamba kita wajib mensyukuri segala nikmat ini..........:D
 Tahun 2013 dah nak masuk bulan ketiga,walaupun tahun 2012 dah lama melabuhkan tirainya namun banyak memori indah yang begitu bermain di minda ini. Tahun ini amat bermakna buat aku kerana kelahiran cucu keduaku Adam Firdaus sangat membahagiakan aku dan suamiku. Bermakna bertambah lagi ahli keluarga kami. Perkahwinan anak sulungku Mizijuga amat memgembirakan hatiku kerana dengan izin yang maha pencipta bertemu jodoh juga anak sulungku ini dengan gadis pilihan hatinya......Shasha itulah nama gadis yang bertuah menambat hati anakku ini. Doaku semoga  kehidupan anak-anakku yang dah berumahtangga in akan berKLekalan hingga keakhir hayat mereka......Aamin...