wow seronok dpt berkongsi idea dlm blog saya.Hantarlah idea yang kreatif agar dapat kita melakar keindahan kehidupan yang penuh cabaran ini :)
Thursday, 19 May 2011
Hari ini cuaca amat panas sekali, aku terasa kepanasannya seolah -olah macam nak pitam bila keluar dari keretaku. Walaupun menggunakan penghawa dingin dalam kereta tetapi semacam tak berkesan. Tambahan lagi rutinku yang terpaksa keluar menghantar makanan untuk anakku Ika n Ila pada jam 12.00 tengah hari, masa ini kepanasannya amat terasa. Semasa berbual dengan kawan tadi, diapun mengeluh kerana tak tahan panas. Sejak beberapa hari ini, cuacanya agak panas tetapi bila petang selalunya hujan, Perubahan inilah yang menyebabkan kepalaku selalu sakit dan pening.Maklumlah aku yang menghidap darah tinggi ni sememangnya tak tahan dengan cuaca yang sebegini, begitu juga bila waktu malam aku selalu terasa agak panas.Kekadang bila guna penghawa dingin pula aku cepat diserang selesma. Adooi......................serba salah juga . Mungkin inilah simpton umur bila dah menuju umur emas.Sabar sajalah...........................................:(
Kesian:P
ReplyDeleteterimakasih Aya atas perhatian ini :D
ReplyDelete