wow seronok dpt berkongsi idea dlm blog saya.Hantarlah idea yang kreatif agar dapat kita melakar keindahan kehidupan yang penuh cabaran ini :)
Monday, 16 May 2011
Tanggal 16/5 merupakan tarikh keramat bagiku kerana pada tarih inilah aku dilahirkan ke dunia oleh ibu kesayanganku aruah Hajjah Sarah 51 tahun yang lalu. Pada tanggal ini jugalah telah diiktiraf sebagai " Sambutan Hari Guru di Malaysia." Setelah 51 tahun kehidupan ini penuh dengan berbagai kenangan, iaitu kenangan sebagai seorang anak, seorang isteri dan ibu kepada 11 orang anak2. Sebagai seorang ibu dan isteri kepada seorang pendidik ( En, Muhamad Yew)aku amat berbangga kerana diberikan suami yang baik dan anak2 yang selalu menyayangi diriku. Dalam usia emasku ini, aku bersyukur diberikan kehidupan yang lengkap oleh penciptaku ( Allah ) kerana selalu di dampingi oleh insan2 yang sangat menyayangiku ( anak2ku, menantuku Linda yang baik hati serta cucuku saza) mereka2 inilah yang memberikan kekuatanku walaupun kekadang badan ini selalu sakit2 maklumlah usiapun sudah menghampiri emas . Anak2ku tak pernah melupai setiap tahun tarikh ulang tahun kelahiranku, ada saja hadiah yang diberikan dan anak2 yang jauh akan menelefonku. Buat anakku Mizi terima kasih kerana belanja makan malam( sebelum berlepas balik ) Buat anakku Yazid serta menantuku Linda terima kasih belikan kereta Avanza ,untuk anakku Mimi terima kasih kerana memasukan wang ke akaun mak , untuk anakku Hafiz dan Azizi terima kasih kerana menelefon mak , buat anak2ku Anis, Fathin, Ina, Zahid,Ila dan Ika kerana membelikan mak perfume .Buat suamiku terima kasih kerana menyayangiku dan cucuku Saza yang memberikan kegembiraan dan keceriaan dalam kehidupan keluarga besarku. Ya Allah inilah kurnianmu yang sangat berharga untukku dalam menempuhi kehidupanku diusia emas.Doaku semoga Allah memberkati kehidupan keluargaku. Aamin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BESTNYA DPT KERETA BARU^_^
ReplyDeletethanks my little princess.
ReplyDelete