wow seronok dpt berkongsi idea dlm blog saya.Hantarlah idea yang kreatif agar dapat kita melakar keindahan kehidupan yang penuh cabaran ini :)
Sunday, 29 May 2011
Hasil Tanaman Kebun Mini:D
Seronoknya hari ini kerana cuti sekolah dan cuti kaamatan, aku dan suami pagi2 lagi sudah bersiap-siap membersihkan kebun kecil kami di belakang rumah. Inilah rutin kami bila ada cuti kerana jadual kerja yang sibuk maka jarang dapat menjenguk mini kebun kami. Wah...........amat menyeronokan bila semua tanaman kami seperti kelapa, lemon, mangga dan jambu manis menghasilkan buah. Pokok kelapa mawar ini telah berusia sepuluh tahun iaitu seusia dengan rumah kami telahpun menghasilkan buah. Seronoknya aku dan suamiku mengambil hasil tanaman kami, walaupun tak banyak tapi cukup untuk keseronokan kami sekeluarga. Kata orang tak rugi jika kita berbudi pada tanah............Dalam blog comelku ini , ku catatkan kegembiraanku dan suamiku memetik hasil tanaman mini kebun kami :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bestnya..:)
ReplyDelete