wow seronok dpt berkongsi idea dlm blog saya.Hantarlah idea yang kreatif agar dapat kita melakar keindahan kehidupan yang penuh cabaran ini :)
Tuesday, 16 October 2012
Adooooi. sedar tak sedar sudah lama jari ini tak melakar sekumit kata dalam bloog
comel ini. kesibukan yang agak keritikallah yang membataskan jejari ini mencoretkan
nada-nada indah dalam blogku ini. Ewaah.....semacam seorang novelis pula gaya curahan
perasaan insan biasa seperti aku..................D
Semoga aku dapat selalu menulis segala perjalanan kehidupan harianku dalam blog comelku
ini......................
Tuesday, 31 July 2012
Agak lama juga jari ini tak melakar sekumit ayat dalam blog comelku ini. Kekadang rindu juga
hendak menulis tapi alahai....malaslah jadi jawapannya :{ Sedar tak sedar dah hari yang 12 bulan
umat islam berpuasa. Syukur alhamdulillah ramadhan ini dapat lagi aku menyambutmu dengan penuh
kesyukuran dan dapat mengerjakan ibadat sunat sembahyang tarwih . Ya Allah inilah kurniaanmu yang
sangat besar buatku, semoga aku sentiasa sihat dan dapat mengerjakan ibadat puasaku dengan
sempurna sepanjang bulan ramadhan ini.. Ramadhan kali ini agak sunyi juga rumahku kerana hanya aku,
suami dan tiga anakku yang merayakannya kerana anak2 yang lain semuanya berada di semananjung
kimanis dan tuaran. Hujung minggu dua anak perempuanku selalunya balik dan meriahlah rumah.
Doaku semoga dihari lebaran nanti dapatlah keluarga kami berkumpul, tahun ini juga aku akan menyambut
seorang lagi cucu. Ya Allah semoga kau berkatilah kehidupan kami sekeluarga kami dan semoga
ramadhan yang mendatang dapat dirayakan lagi . Insyallah.............................
Monday, 25 June 2012
Asam garam kehidupan.......
""Setiap manusia yang memiliki akal yang sempurna ingin berjaya
dalam kehidupan. Tetapi dalam mengejar kejayaan itu terlalu banyak
cabaran yang perlu kita hadapi, kekadang kita terpaksa berkorban
semata-mata hanya untuk mencapai apa yang kita inginkan untuk
berjaya dalam hidup ini......"
Wednesday, 16 May 2012
Semalam adalah ulang tahun kelahiran ku yang ke- 52 tahun. Tak ada yang dapat aku ungkapan selain memanjatkan syukur kepada yang maha Esa kerana diberikan peluang untuk aku dapat merayakan hari yang paling bermakna ini. Aku amat bersyukur kerana suamiku dan anak2 telah merayakannya dengan penuh makna, walaupun separuh daripada anak2ku tak dapat merayakannya bersama namun dengan pangilan talipon dari anak2ku cukup membahagiakan hati ibu tua ini. Tak dapatku gambarkan betapa bahagianya aku kerana mendapat anak2 yang selalu mengingati akan tarikh2 penting dalam kehidupan ini. Kepada suamiku ( En Muhamad Yew} sekalung tahniah dan terima kasih honey, kerana belanja aku dan anak2 makan sempena ulang tahunku ini.Doaku semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan keluargaku dan memberikan kesihatan yang baik agar aku dapat melihat kejayaan anak2ku dan dapat merayakan hari - hari kejayaan anak2 kami. Aamin.................
Sunday, 13 May 2012
TAHUKAH ANDA ?????
Diam adalah tindakan paling bagus untuk menenangkan diri.
Sekiranya anda dalam keadaan berserabut, apa kata cuba duduk
bersendirian seketika . Kemudian pasang lagu berima perlahan dan
tenangkan diri sambil menikmati persekitaran yang menyamankan.
Banyak bercakap boleh menyebabkan fikiran berserabut dan tidak
tenang. Jestru pada ketika fikiran tidak menentu kita perlu berdiam
diri . Walaupun mungkin sukar untuk individu yang memang suka bercakap
melakukannya , namun percayalah , kurang bercakap boleh
membawa kebahagian.....................: 0 )
_ m y f j / 2 0 1 2 _
USIR RINDU DENGAN MINDA.............
Minda cerdas bermaksud minda yang mudah berkembang
dan boleh berfikir dengan baik. Kecerdasan minda bergantung
kepada kebolehan seseorang mengawal mindanya dan memberi
pendapat bernas.
Kecerdasan minda boleh menjadikan sesaorang mampu mengutarakan
idea bernas apabila diminta.
Anda mesti menjaga kesihatan tubuh supaya menyerlahkan penampilan
minda anda..........
_ M Y F J / 2 0 1 2 -
Sudah agak lama tak dapat mencoretkan bait-bait madah dalam blog comelku ini
kerinduan untuk melakar coretan begitu mendalam kerana hanya dengan melakar
minda ini akan segar.
Hari ini merupakan hari keramat bagi semua wanita kerana diberikan satu tarikh keramat
untuk mengingati pengorbanan seorang yang bergelar ibu sebagai " Sambutan Hari IBU "
sambutan hari ibu mengingatkan aku pada aruah ibuku .Mengalir air mataku bila tiba tarikh sambutan hari
ibu kerana pada tarikh inilah pemergian ibuku 17 tahun yang lepas. Walaupun sudah agak lama namun
setiap tahun tarikh ini akan mengingatkan aku pada insan yang bergelar ibuku ini.Doaku semoga
Allah merahmati rohnya. Aamin...........
Monday, 23 April 2012
UBATI KEKECEWAN............
BELAJAR TERIMA KENYATAAN.
FAHAMI PUNCA MASALAH SUPAYA ELAK BERULANG.
LUAHKAN PERASAAN - CARI ORANG YANG MAHU MENDENGAR
DAN
SUDI MELAYAN PERASAAN KITA :(
BELAJAR SAYANGI DIRI SENDIRI SUPAYA ORANG HARGAI KITA
JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN , RELEKSLAH , TUDUH ORANG
PUN BUKAN SELESAI MASALAHKAN ?????????
SELALU BERFIKIRAN POSITIF , REHATKAN FIKIRAN DENGAN
BACA ATAUPUN BUAT APA YANG KITA SUKA.........: )
M Y F J 2 0 1 2 ......
LUMRAH KEHIDUPAN....................
"Kesihatan merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai
Menjadi tua adalah proses semula jadi biasa dan berterusan
yang dialami oleh semua insan .Namun begitu , cepat atau lambatnya
sesaorang menjadi tua berbeza-beza . Cara baik untuk sihat dan cergas
walaupun usia telah meningkat adalah menjaga badan dan fikiran selalu
aktif....................."
M Y F J 2 0 1 2.........: D
CUBIT- CUBIT SAYANG...............
S_ Sayangkan diri kita sebelum menyayangi orang lain.
E- Empati terhadap orang yang kita cintai dan sayangi
M- Mampu menjaga diri dan pasangan dengan baik.
U- Usaha murni yang berterusan untuk menjadikan rumahtangga tetap bahagia.
R- Respek pada diri dan pasangan kita dalam membina kebahagian.
N- Nilai-nilai positif dalam hidup kita pelihara bersama.
I- Idea dan inisiatif berterusan untuk menjaga diri dan pasangan kita.
K- Kepimpinan diri kepimpinan suami tunggak kesejeterahaan keluarga.
A- Amanah dalam melayari peranan sebagai isteri dan suami.
S- Sistematik dalam mengurus rumahtangga.
I- Insprasi terhadap pasangan sentiasa berpanjangan
H- Hormat pada diri dan pasangan kita
( S E M U R N I KA S I H )...................................
M Y F J 2 0 1 2.......
Sunday, 22 April 2012
TAHUKAH ANDA...........?
"Orang kata perkahwinan ibarat satu percaturan ,
Sekiranya bijak menyusun strategi , boleh membawa
kepada kemenangan . Namun sekiranya kurang pengetahuan
dan lemah dalam percaturan hidup ini, pasti kekalahan yang
diperolehi......:(
Oleh itu sebagai pasangan muslim , kita haruslah banyak berdoa
dan memohon agar yang Esa merahmati kehidupan kita dan
pasangan kita. Hubungan suami isteri perlu disemai dengan benih
kasih sayang sejak dari awal perkahwinan lagi .
Pada penghujung usia emas ini , kasih sayang yang tetap bercambah
boleh membantu hubungan suami isteri semakin marak dan mekar
selamanya............:)
M Y F J 2 0 1 2.......
TAHUKAH ANDA ..............?
"Cintailah pasangan anda dan tunaikanlah tanggungjawab
sebagai suami atau isteri dengan cara terbaik
Islam telah memberikan manusia didunia ini dengan
manual terbaik iaitu al- Quran serta hadis untuk anda
berfikir. Mengabaikan pasangan anda adalah berdosa
dan anda perlu mencari jalan untuk mengekalkan
kebahagian rumah tangga anda..."
M Y F J 2012.......
Wednesday, 18 April 2012
BERWASPADALAH....................
DALAM DIRI MANUSIA ITU ADA DUA MACAM
POTENSI TIPUAN DAN RAYUAN. DUA HAL ITU
SEPERTI DURI JIKA DIPEGANG DAN IBARAT BUNGA
JIKA DIPANDANG. APABILA ENGKAU MEMERLUKAN
PERTOLONGAN MEREKA BERSIKAPLAH IBARAT API
YANG DAPAT MEMBAKAR DURI-DURI ITU......................
WASIAT IMAM SHAFIE.........................
M Y F J 2 0 1 2 .........

SALING- INGAT MENGINGATKAN............................
REBUTLAH KESEMPATAN LIMA PERKARA SEBELUM
DATANG LIMA PERKARA IAITU
HIDUPMU SEBELUM MATIMU, SIHATMU SEBELUM SAKITMU ,
WAKTU LAPANGMU SEBELUM SIBUKMU, MASA MUDAMU
SEBELUM WAKTU TUAMU DAN MASA KAYAMU SEBELUM
MASA FAKIRMU..............................................
M Y F J 2 0 1 2..........

RENUNG-RENUNGKAN.......................
MANUSIA HAWA DICIPTAKAN DARIPADA RUSUK ADAM,
BUKAN DARIPADA KEPALA UNTUK DIJUNJUNG ,
BUKAN PULA DARIPADA KAKINYA UNTUK DIJADIKAN
PENGGALAS . TETAPI DARIPADA SISINYA UNTUK DIJADIKAN
TEMAN HIDUPNYA , DEKAT DENGAN LENGANNYA UNTUK
DILINDUNGI DAN JUGA DEKAT DENGAN HATINYA UNTUK
DICINTAI DAN DIKASIHI SERTA DISAYANGI................................................
M Y F J / 2 0 1 2 :)

Tuesday, 17 April 2012
HIASI DIRIMU DENGAN PENUH KESYUKURAN.
"DAN DI ANTARA RAHMAT PEMBERIANNYA,
DIA MENJADIKAN UNTUK KAMU MALAM DAN SIANG (SILIH BERGANTI )
SUPAYA KAMU BEREHAT PADANYA,
DAN
SUPAYA KAMU BERUSAHA UNTUK MENCARI REZEKI
DARIPADANYA
LIMPAHAN KURNIANNYA DAN JUGA SUPAYA KAMU
BERSYUKUR . "
..............SURAH AL- QASAS : AYAT 7 3............................
M Y F J / 2 0 1 2.......

INFO KEHIDUPAN................
" BARANG SIAPA MENGHORMATI ORANG LAIN , TENTULAH IA AKAN
DIHORMATI. BEGITU JUGA BARANG SIAPA MENGHINA ORANG LAIN ,
TENTULAH IA AKAN DIHINAKAN.
BARANG SIAPA BERBUAT BAIK KEPADA ORANG LAIN,
BAGINYA SATU PAHALA..............
BEGITU JUGA BARANG SIAPA BERBUAT JAHAT KEPADA ORANG LAIN ,
BAGINYA SEKSA YANG DAHSYAT ."
................WASIAT IMAM SYAFIE................................
M Y F J / 2 0 1 2...................

Monday, 16 April 2012
SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG....................
" WANG RINGGIT LEBIH BERNILAI DARI KASIH SAYANG.?????????
KEDUA PERSOALAN INI AMAT SUKAR KITA IMBANGI KERANA
KEDUANYA AMAT PENTING UNTUK KITA MENERUSKAN KEHIDUPAN
DI ALAM MAYA INI.
NILAI KASIH SAYANG TIDAK BOLEH DIBANDINGKAN DENGAN
KEMEWAHAN KERANA IA MELEBIHI SEGALA-GALANYA.......
APALAH ERTI KEKAYAAN DAN KEMEWAHAN , KALAU TIDAK
KASIH SAYANG
NAMUN TIDAK DAPAT DI NAFIKAN , ADA KALANYA
KASIH SAYANG YANG KITA CURAHKAN ITU DIUJI
DENGAN PELBAGAI DUGAAN.
JUSTERU SEBAGAI INSAN BIASA, KITA PERLU REDA DAN
AKUR DENGAN TAKDIRNYA ."
M Y F J 2 0 12............:D

Saturday, 14 April 2012
SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG........................
" KITA CUMA HANYA HIDUP SEKALI SAJA
DI DUNIA INI.........
TETAPI JIKA KITA HIDUP DENGAN CARA
BENAR.........................
SEKALI SAJA, SUDAH CUKUP............
YANG PENTING???????????
BUKAN BERAPA LAMA KITA HIDUP
TETAPI........................
BAGAIMANA KITA HIDUP....................:D
M Y F J 2 0 1 2................

MUTIARA KATA.....................
HIASILAH DIRI DENGAN SIKAP IKHLAS.
IKHLAS DALAM MENGERJAKAN IBADAH
DAN KEBAJIKAN HANYA KERANA ALLAH
SERTA MENGHARAPKAN KEREDAANNYA.
JAUHILAH DARI MENDAMBAKAN PUJIAN
ATAU KEMASYURAN MANUSIA. NIAT
YANG BENAR MENENTUKAN KEIKHLASAN
KITA................................................................
MYFJ...........2012.

INFO KEHIDUPAN :
"SEMUA DOSA DITANGGUHKAN OLEH ALLAH SWT ( SEKSAANNYA)
MANA- MANA YANG DIKEHENDAKINYA SEHINGGA
KE HARI KIAMAT, MELAINKAN DOSA KERANA
MENDERHAKA KEPADA IBUBAPA, MAKA SESUNGGUHNYA
ALLAH AKAN SEGERAKAN SEKSAANNYA DAN AZABNYA
KEATAS PELAKUNYA KETIKA HIDUPNYA SEBELUM MATI. "
HADIS RIWAYAT AL- TABRANI DAN AL-HAKIM.
M Y F J / 2 0 12...........................

Hari ini seperti biasa aku bangun seawal pagi, selepas solat subuh dan mengurus rumahku, pagi ini
kepala agak pening2 kerana semalam lewat tidur. Semalam balik dari airport sudah jam 2.oo pagi kerana
menjemput suami yang baru balik dari Pahang menghadiri persidangan PPMS . Adooi...........mengantuk hanya Allah saja yang tahu. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik buatku. Aamin........................:D

Sunday, 8 April 2012
INFO KEHIDUPAN.......
Stres ialah reaksi tabii tubuh badan kita terhadap rangsangan fizikal dan emosi.
Oleh sebab itu, stres adalah fitrah manusia. Maksudnya, stres ialah keadaan yang pasti
berlaku dalam diri manusia.
Stres bukan untuk dihapuskan, tetapi untuk diurus. Dalam beberapa keadaan manusia
memerlukan stres .Sedikit stres diperlukan untuk menghasilkan kerja yang berkualiti
dan produktif. Namun jangan berlebihan , ia akan menyebabkan pelbagai masalah.
URUS DAN KUATKAN HATI DENGAN IMAN, INSYALLAH KITA AKAN DAPAT MENGHADAPI STRES DENGAN PENUH KETENANGAN................
MY FJ / 2012........

Tuesday, 3 April 2012
INFO KESIHATAN :
Secara umumnya, terdapat 'penyakit' yang dikaitkan dengan hati. Sakit hati, iri hati, hati batu
dan sebagainya, namun hakikat tidak ramai yang mengetahui atau menyedari mereka menderita
penyakit hati yang sebenarnya. Difahamkan seorang daripada 20 orang rakyat Malaysia menderita
penyakit hati tanpa mereka menyedarinya disebabkan kurang pengetahuan serta kesederan
mengenai penyakit ini....................... :(
MY FJ 2012

RENCAH- RENCAH KEHIDUPAN :
" Hari ini , dengan perkembangan dan kemajuan teknologi maklumat yang tidak terbatas
bukan saja sebagai lambang tamaddun manusia, tetapi juga telah memberikan kesan
kepada umat islam. Sains dan teknologi telah mempengaruhi kehidupan manusia
dalam setiap aspek kehidupan terutamanya dalam teknologi maklumat dan
multimedia , ICT ini boleh membawa kebaikan , namun jika disalah guna
ia boleh membawa keburukan ."
MY FJ 2012..........

INSPRASI KEHIDUPAN:
Mendidik anak-anak bukan perkara yang mudah.
Perlu ada cara, perlu ada strategi dan perlu ada kemahiran.
Perkara paling utama adalah perlu ada iman dan ketakwaan
kerana Allah yang akan membantu memudahkan segala
urusan hamba-hambanya. Sebagai manusia, kita perlu berusaha
dan berdoa kepada Allah.
MY FJ / 2012.........

JADILAH WANITA HEBAT DI SISI ALLAH.
" KETIKA ALLAH MENCIPTAKAN ADAM, NABI ADAM BERASA KESUNYIAN.
MAKA ALLAH CIPTAKAN HAWA SEBAGAI PELENGKAP KEHIDUPAN
PENGUBAT KESUNYIAN, PENGLIPUR LARA DAN PENAWAR DUKA.
MAKA WANITA ADALAH MAKHLUK ALLAH YANG DICIPTAKAN DENGAN
TUGAS DAN PERANAN TERTENTU YANG AKAN MELENGKAPKAN
ERTI KEHIDUPAN.
Dalam kehidupan yang sangat mencabar hari ini, ilmu menjadi wadah yang sangat penting
bagi setiap wanita sebagai seorang isteri apatah lagi sebagai seorang ibu, wanita perlu
berusaha dalam menambah ilmu yang sedia ada.
MYFJ/ 2012.........
ini,

Sunday, 1 April 2012
MUTIARA KEHIDUPAN..............
Kita berhak menentukan apa yang kita mahu dan berhak
berusaha menjadikannya realiti, tetapi kita juga harus sedar
bukan semua yang kita ingini itu akan diperolehi. Motivisi bukanlah
untuk menjadikan diri kita rakus mengejar kehendak tetapi
adalah kaedah mengawal emosi dalam semua keadaan...................:D
myfj / 2012....

Hari ini adalah minggu pertama dibulan april, terlalu cepat masa berlalu seakan baru semalam tahun 2012 menjelma. Denyutan masa pantas beredar seakan cepatnya denyutan jantung seorang insan. Ooops tak lama lagi tanggal 16mei menjelma dan tarikh ini merupakan tarikh keramat bagiku kerana akan bertambah lagi usiaku sebagai seorang insan di bumi Allah ini.Doaku semoga Allah sentiasa memberkati kehidupanku bersama-sama keluarga yang amat aku sayangi ini.Buat anak-anakku, aku selalu mendoakan agar kehidupan mereka dilimpahi keberkatan oleh yang maha Esa.Dalam usiaku yang melangkah usia emas, aku memohon pada yang maha Esa agar diberikan kesihatan yang baik dan dibagi peluang melihat anak-anakku berjaya.
Bagi seorang ibu, doa, harapan yang menggunung dan mendapat anak-anak yang sentiasa menyayanggiku adalah impianku sebelum yang Maha Esa menjemputku nanti. Aamin..........................
MYFJ2012...............

Monday, 26 March 2012
MUTIARA KATA :
Bunga bukan saja dapat mengembalikan tenaga dan membangkitkan kegembiraan tetapi juga memanjangkan umur, mengurangkan tekanan dan mendatangkan kedamaian. Jadi, nikmatilah keindahan bunga dan ciumlah aromanya setiap pagi : )
Tarik nafas dan senyum. Untuk melawan tekanan, cubalah tarik nafas panjang dan senyum. Ini kerana ia dapat mengembalikan saraf yang menegang dan perasaan cemas. Awas jangan senyum yang dibuat-buat..............
MYFJ/2012........0 0

TIPS MENGATASI KEMURUNGAN :
Belajarlah menjadi lebih tenang dan sabar.
Jangan menetapkan ekspektasi terlalu tinggi sehingga sukar untuk dicapai
Perancangan tugas perlu dibuat agar semunya lebih teratur.
Jangan terlalu mengharap pada diri sendiri.
Elakan bersendirian.
Habiskan masa dengan orang tersayang
Libatkan diri dengan aktiviti yang membolehkan anda berfikir secara positif
Setiap keputusan yang berat harus dibincang dengan pihak kedua dan melihatnya secara objektif.
MYFJ/ 2012

Sunday, 25 March 2012
MUTIARA KATA.........
Harta yang paling berharga dalam kehidupan sepasang suamiisteri ialah anak-anak yang sentiasa mengayangi mereka. Tanyakan pada mana-mana ibu bapa sekali pun,pasti ingin yang terbaik untuk anak-anak mereka. Harapan yang disandarkan kepada anak-anak menggunung tinggi umpama puncak Everest.
Harta yang paling berharga dalam kehidupanku adalah anak-anakku dan ingin menghabiskan sisa-sisa kehidupanku bersama keluarga yang menyayangi aku dan suamiku
MYFJ/2012..........

MUTIARA KATA............
Pastikan pasangan anda menjadikan keutamaan dalam kehidupan anda.
Jangan sesakali mengecewakan pasangan anda dalam apa juga situasi.
Cuba tunjukan komitmen anda terhadap pasangan dan pastikan anda selalu ada disisinya.
Terutama semasa pasangan anda dalam kesusahan mahupun dalam kesenangan.
Pastikan rumah anda berdua sentiasa dihiasi dengan keimanan dan kasihsayang.
myfj /2012

Friday, 24 February 2012
Friday, 10 February 2012
Sudah agak lama tak mencoretkan sebarang lakaran dalam blog comelku ini. Tahun ini agak tak berapa selesa kerana kesihatanku agak tak membolehkan aku bergerak dengan selesa. Aku selalu tak sihat akhir2 ini. Kekadang aku seakan tak boleh melakukan kerja2 rumah dan selalu sakit kepala dan pening yang agak serius.Kemungkinan usia yang semakin lanjut dan inilah yang selalu merisaukanku kerana aku amat bimbang sekiranya selalu tak sihat urusanku mengurus anakku yang tiga oarang ini akan terjejas.Sekarang pun anakku Aya terpaksa aku carikan bas untuk menghantar dan mengambilnya dari sekolah.Kekadang kesihan juga melihat anakku Aya yang seakan tak selesa menaiki bas sekolah ini. Tapi apakan dayaku kerana akhir2 ini kesihatanku selalu terganggu. Penyakit darah tinggiku ini agak keronik, ini yang selalu menjejaskan pergerakanku.Doaku semoga Allah memberikan aku kesihatan yang baik dan memanjangkan usiaku agar aku dapat melihat anak2ku berjaya.
Sunday, 15 January 2012
minggu ini jadualku amat padat. Hari ini terlalu penat kerana seawal pagi aku dan suamiku sibuk menghantar kereta kenari kami ke bengkel.Lepas tu kejar2 balik rumah kerana ada pemasangan lampu rumah.Lepas tu pemasangan alat tandas rumah pula, adooi.....banyak kerja yang perlu dibereskan kerana hanya hujung minggu saja aku dan suami ada masa dirumah. sebelah petang pula kena hantar anak, fathin ke maktab kent .Penat.......................malam ni kena tidur awal, esok ....................::(
Friday, 13 January 2012
Friday, 6 January 2012
minggu ini sangat sibuk, minggu persekolahan baru sja bermula dan hari ini dah masuk hari ketiga. Rutin harianku sangat padat dan seawal pagi harus dibereskan. Tahun ini jadualku sampai jam 7.00 malam baru sampai rumah kerana anakku Aya yang bersekolah petang di smk lok yuk balik jam 5.50 petang dan keadaan trafic jam yang amat membosankan melambatkan jadual perjalanan kami .Walaupun terlalu sibuk jadual harian ini namun aku bersyukur kerana keselamatan anakku terjamin. Aku berdoa semoga Allah memberikan aku kesihatan yang baik agar aku dapat mengurus anak2ku dengan baik.
Wednesday, 4 January 2012
Hari ini adalah hari pertama persekolahan, seawal pagi aku telah bangun untuk menyiapkan anak2 dan suami yang akan memulakan tugas. Hari ini amat sibuk kerana akan menghantar ika kesekolah pagi dan akan menguruskan Aya yang akan memulakan persekolahannya di sekolah menengah. Perkara yang amat aku tak suka ialah trafic jam, adoi.....sangat memenatkan. Rutin harianku bermula lagi, kesibukan menguruskan anak2 dan suamiku bermula seawal pagi. Selesai menghantar ika ,aku balik rumah kerana tengahhari aku akan menghantar anakku aya pula kesekolah menengah.Sibuk..............................
Subscribe to:
Posts (Atom)