wow seronok dpt berkongsi idea dlm blog saya.Hantarlah idea yang kreatif agar dapat kita melakar keindahan kehidupan yang penuh cabaran ini :)
Tuesday, 31 May 2011
Seronok juga hari ni kerana sekolah bercuti dan anak2 semua berada di rumah. Kesibukan tak seperti hari2 persekolahan dan semua aktiviti anak2 dibuat perlahan. Harap2 cuti ni dapatlah rehat2 dengan secukupnya. Tapi sedih pula bila buka fb hari ni bila tahu cucuku saza semacam kena demam campak. Aku telefon menantuku linda dan bertanyakan keadaan cucuku saza, syukurlah keadaan cucuku taklah membimbangkan. Doa ku semoga Allah melindungi cucuku dan cepat sembuh.......
Monday, 30 May 2011
Puisi 2:)
Kehijauan yang mengamit keindahan,
menghiasi setiap kehidupan insan,
kehijauan ini adalah umpama butir-butir mutiara,
menyejukan setiap penghuni alam,
jangan musnahkan kehijauan ini,
pada yang tak menghargai kehijauan alam ini,
jangan musnahkannya dengan jari- jari kasarmu,
peliharalah segala kurnian ilahi ini,
kekalkanlah segala kehijauan alam ,
agar kehidupanmu sentiasa secantik,
pohon-pohon menghijau ini...................
Karya MYFJ 2011
menghiasi setiap kehidupan insan,
kehijauan ini adalah umpama butir-butir mutiara,
menyejukan setiap penghuni alam,
jangan musnahkan kehijauan ini,
pada yang tak menghargai kehijauan alam ini,
jangan musnahkannya dengan jari- jari kasarmu,
peliharalah segala kurnian ilahi ini,
kekalkanlah segala kehijauan alam ,
agar kehidupanmu sentiasa secantik,
pohon-pohon menghijau ini...................
Karya MYFJ 2011
Sunday, 29 May 2011
Hasil Tanaman Kebun Mini:D
Seronoknya hari ini kerana cuti sekolah dan cuti kaamatan, aku dan suami pagi2 lagi sudah bersiap-siap membersihkan kebun kecil kami di belakang rumah. Inilah rutin kami bila ada cuti kerana jadual kerja yang sibuk maka jarang dapat menjenguk mini kebun kami. Wah...........amat menyeronokan bila semua tanaman kami seperti kelapa, lemon, mangga dan jambu manis menghasilkan buah. Pokok kelapa mawar ini telah berusia sepuluh tahun iaitu seusia dengan rumah kami telahpun menghasilkan buah. Seronoknya aku dan suamiku mengambil hasil tanaman kami, walaupun tak banyak tapi cukup untuk keseronokan kami sekeluarga. Kata orang tak rugi jika kita berbudi pada tanah............Dalam blog comelku ini , ku catatkan kegembiraanku dan suamiku memetik hasil tanaman mini kebun kami :)
Saturday, 28 May 2011
Syukur alhamdullilah, selepas magrib semalam anakku Yazid menelifonku memberi tahuku dia mendapat tunggakan gajinya .Anakku telah mengirimku duit . Syukur anakku ini sangat mengambil berat kebajikan kami sekeluarga. Walaupun tanggungnya juga agak berat kerana terpaksa bayar sewa rumah, kereta namun tak pernah melupai tanggungjawapnya sebagai seorang anak. Doaku semoga kehidupan anakku sentiasa mendapat keberkatan Allah, dimurahkan rezeki dan mendapat kedudukan yang baik dalam pekerjaannya. Aamin.
Tuesday, 24 May 2011
PUISI..
Kehidupan ini adalah keindahan,
keindahan itu adalah satu memori yang mencatat seribu kenangan,
walaupun selalunya tidak seindah memori semalam,
pada kenangan semalam, mencatat butir-butir memori indah
begitu cepat masa berputar,secepat putaran masa,
pada yang alpa, pasti akan menangisi berlalunya memori semalam,
kehidupan pasti akan mencatat memori indah, seindahnya mawar merah.................
NUKILAN FJMY/ 2011.
keindahan itu adalah satu memori yang mencatat seribu kenangan,
walaupun selalunya tidak seindah memori semalam,
pada kenangan semalam, mencatat butir-butir memori indah
begitu cepat masa berputar,secepat putaran masa,
pada yang alpa, pasti akan menangisi berlalunya memori semalam,
kehidupan pasti akan mencatat memori indah, seindahnya mawar merah.................
NUKILAN FJMY/ 2011.
Sunday, 22 May 2011
Cucuku Saza:)
Ini adalah wajah cucu kesayanganku saza.Dia adalah permata dalam keluargaku kerana dia adalah merupakan cucuku yang pertama dalam keluarga kami.. Sekarang sazaku sudah berusia 3 tahun dan sangat cerdik. Doaku semoga cucuku membesar menjadi seorang insan yang berjaya di dunia dan akhirat.Friday, 20 May 2011
Competition Anakku:)
Walaupun hari ini hari sabtu, aku seperti biasa sibuk seawal pagi untuk bersiap-siap membawa kedua anakku Ila n Ika untuk competition essay mandarin di chung hwa kg Air.Kedua-dua anakku sangat bersemangat untuk mengikuti pertandingan ini. Seronok sekali melihat ramai ibubapa yang mengiringi anak2 masing2.Bertuah sekali anak2 ini yang selalu mendapat perhatian dan galakan daripada ibubapa masing-masing.Doaku semoga kedua anakku akan berjaya dalam pertandingan ini. Pagi ini juga selepas menghantar anak2ku, aku telah berjumpa sahabat lamaku yang dah lama tak bertemu selepas menghadiri kursus KAAK dulu.Seronoknya bertemu kawan lama dan banyak benda yang dibualkan.Adooi................................jam dah 1.20 petang dan bersiap-siap pula untuk menghantar anakku Ika ke tuisyen :P
Adoi...................... punyalah penat hari ini, sejak dari pagi tak dapat rehat. Jam 12.00 tengah hari baru sampai rumah, lepas tu hantar syafiqah ke tuisyen jam 1.30 petang.Lepas tu ambil Zahid ke sekolah. Jam 3.00 petang tunggu ika kerana tak larat nak balik rumah kerana traffic jam. Adoi........................penatnya tuhan sajalah yang tahu :) Beginilah rutin harian yang terpaksa aku lalui. Tetapi yang seronoknya, aku memandu kereta baruku Toyota Avanza kesayanganku :D
Thursday, 19 May 2011
Tuesday, 17 May 2011
AVANZA BARU:p
Hari ini adalah hari pertama aku memandu kereta baruku, Toyota Avanza. Seronok juga memandu kereta baruku ini, tetapi agak takut2 juga maklumlah kereta baru.............terlalu berhati-hati seperti baru dapat lesen memandu dulu. Syukur Alhamdulillah, Allah berikan rezeki dan kemurahan hati buat anakku yazid n linda dapatlah aku memandu kereta mewah ini.Doaku semoga perjalananku dengan kereta baruku ini sentiasa mendapat keberkatan. Aamin.
Monday, 16 May 2011
Tanggal 16/5 merupakan tarikh keramat bagiku kerana pada tarih inilah aku dilahirkan ke dunia oleh ibu kesayanganku aruah Hajjah Sarah 51 tahun yang lalu. Pada tanggal ini jugalah telah diiktiraf sebagai " Sambutan Hari Guru di Malaysia." Setelah 51 tahun kehidupan ini penuh dengan berbagai kenangan, iaitu kenangan sebagai seorang anak, seorang isteri dan ibu kepada 11 orang anak2. Sebagai seorang ibu dan isteri kepada seorang pendidik ( En, Muhamad Yew)aku amat berbangga kerana diberikan suami yang baik dan anak2 yang selalu menyayangi diriku. Dalam usia emasku ini, aku bersyukur diberikan kehidupan yang lengkap oleh penciptaku ( Allah ) kerana selalu di dampingi oleh insan2 yang sangat menyayangiku ( anak2ku, menantuku Linda yang baik hati serta cucuku saza) mereka2 inilah yang memberikan kekuatanku walaupun kekadang badan ini selalu sakit2 maklumlah usiapun sudah menghampiri emas . Anak2ku tak pernah melupai setiap tahun tarikh ulang tahun kelahiranku, ada saja hadiah yang diberikan dan anak2 yang jauh akan menelefonku. Buat anakku Mizi terima kasih kerana belanja makan malam( sebelum berlepas balik ) Buat anakku Yazid serta menantuku Linda terima kasih belikan kereta Avanza ,untuk anakku Mimi terima kasih kerana memasukan wang ke akaun mak , untuk anakku Hafiz dan Azizi terima kasih kerana menelefon mak , buat anak2ku Anis, Fathin, Ina, Zahid,Ila dan Ika kerana membelikan mak perfume .Buat suamiku terima kasih kerana menyayangiku dan cucuku Saza yang memberikan kegembiraan dan keceriaan dalam kehidupan keluarga besarku. Ya Allah inilah kurnianmu yang sangat berharga untukku dalam menempuhi kehidupanku diusia emas.Doaku semoga Allah memberkati kehidupan keluargaku. Aamin.
Sunday, 15 May 2011
Jam 8.00 malam aku memandu kereta kenari ke Tuaran untuk mengambil anakku Fathin yang tak sihat. Walaupun keadaan jalanraya yang agak licin disebabkan hujan yang turun agak lebat petang tadi aku memandu keretaku dengan laju kerana bimbang keadaan anakku Fathin.Syukur Alhamdulillah, semuanya selamat kerana keadaan Fathin tidaklah membimbangkan .Jam 9.30 mlm aku selamat sampai kerumah bersama anakku fathin dan Anis.
Saturday, 14 May 2011
MEMORI BERSAMA KERETA KELISAKU...

Sedih pula hatiku berpisah dengan kereta kelisa merahku( SAA 277C) setelah sepuluh tahun menggunakannya mengurus anak2ku ke sekolah. Sepanjang aku menggunakan keretaku ini tak pernahlah berlaku sesuatu yang membahayakan. Syukur alhamdullilah walaupun sedih aku tetap akur berpisah dengan kereta kelisaku ini kerana anak dan menantuku ( yazid n linda) telah membelikan aku sebuah kereta Toyota Avanza yang mana menjadi idamanku sejak dulu. Syukur Alhamdullilah, Allah memberikan aku anak dan menantu yang baik kerana begitu bermurah hati membelikan aku kereta ini.Doaku semoga Allah memberkati kehidupan anakku Yazid sekeluarga. Aamin

Sedih pula hatiku berpisah dengan kereta kelisa merahku( SAA 277C) setelah sepuluh tahun menggunakannya mengurus anak2ku ke sekolah. Sepanjang aku menggunakan keretaku ini tak pernahlah berlaku sesuatu yang membahayakan. Syukur alhamdullilah walaupun sedih aku tetap akur berpisah dengan kereta kelisaku ini kerana anak dan menantuku ( yazid n linda) telah membelikan aku sebuah kereta Toyota Avanza yang mana menjadi idamanku sejak dulu. Syukur Alhamdullilah, Allah memberikan aku anak dan menantu yang baik kerana begitu bermurah hati membelikan aku kereta ini.Doaku semoga Allah memberkati kehidupan anakku Yazid sekeluarga. Aamin
Saturday, 7 May 2011
Sunyi terasa pagi ini kerana cucuku saza telah balik ke Johor bersama-sama daddy dan mamynya kelmarin. Walaupun agak sedih untuk berpisah dengan cucu kesayanganku namun aku tetap akur kerana anakku Yazid akan mula bertugas kerana cutinya selama seminggu sudah selesai. Terima kasih buat anakku Yazid serta menantuku Linda yang begitu perihatin terhadap semua kebajikan kami.Doaku semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan anakku.Aamin.

Tanggal 8/5 adalah tarikh keramat bagi semua wanita2di dunia yang bergelar ibu, kerana tarikh ini telah ditakrifkan sebagai tarikh " Sambutan Hari Ibu". Sebagai seorang ibu aku amat bangga kerana anak2 begitu mengingati pengorbanan seorang insan yang sangat berjasa dalam kehidupan mereka. Sebagai seorang ibu aku amat bersyukur kerana Allah memberikan aku anak2 yang ramai dan amat bangga dengan pencapaian setiap anak2ku. Walaupun terpaksa melalui berbagai kesulitan dan cabaran yang banyak ketika membesarkan anak2ku, namun aku amat bangga kerana semua anak2ku berjaya dalam bidang masing2.Doaku dalam melalui usia emas ini, aku dapat melihat kesemua anak2ku berjaya menjadi insan2 yang berjaya di dunia dan ikhirat.Aamin.
Subscribe to:
Comments (Atom)






