wow seronok dpt berkongsi idea dlm blog saya.Hantarlah idea yang kreatif agar dapat kita melakar keindahan kehidupan yang penuh cabaran ini :)

Monday, 18 March 2013




 " kesabaran dan  bertimbang rasa adalah dua sifat yang perlu ada dalam kehidupan sesorang insan
   kekadang ada perkara yang memerlukan pengorbanan yang terpaksa kita lakukan.........................."




                F J /2 0 1 3............::D



    Minggu ini agak sibuk sedikit sebab ada pembaikan  dan pengubahsuaian di rumah.......adooi mesti berserabut lagi tak apalah asalkan rumahku cantik dan selesa.................nampaknya hari ini tak ada yang patut aku buat tergesa-gesa kerana seawal pagi aku telah menyiapkan makanan untuk kedua anakku ika n ila.....pembantu rumahku pun hari ini datang untuk meringkan tugas2 seharian ku.........syukur alhamdulillah
Allah berikan yang terbaik..........:D


   

Sunday, 17 March 2013



s  Hari ini kepalaku agak berserabut, ini kerana semalam ada masalah lagi dengan hamba allah yang seorang ni..... tak payah sebut namanya buat panas kepala saja.............tak habis2  dengan sifat cemburu yang membosankan. aku jadi muak dengan sifat yang tak bertimbang rasanya, kalau tak fikir dengan waras mau saja aku nyah dia dalam hidupku............::(....Inilah kehidupan yang tak habis2 dengan masalah...........

 Hamba allah inilah yang tak habis2 menganggu kehidupanku....sejak dulu sampai sekarang apa saja yang aku lakukan semua akan menimbulkan rasa cemburunya....sampaikan aku menjadi surirumah sepanjang masa kerana tak sanggup dengan sifat buruknya ini...sekarang dah masuk usia emaspun  aku tak boleh buat sesuatu yang aku minati....malah aku keluar mengajipun menimbulkan rasa tak puas hatinya....kekadang kalau tak fikir demi kebaikan anak2ku mau saja aku berdikari tak sanggup hidup dengan hamba allah yang suka menggangu kehidupanku. Sudahlah aku habiskan masa mudaku mengurus kebajikannya.  sekarang aku nak mencari ilmu yang dapat aku jadikan sebagai amalan di hari tuaku...............Tapi banyak sekali halangan yang terpaksa aku hadapi......sudahlah aku terpaksa menguruskan segala keperluan keluarga seawal pagi dan terpaksa  pula memandu ke masjid bandar raya yang agak jauh . Dengan usia yang agak lanjut ini kekadang kalau tak dikuatkan semangat  rasa macam tak mampu untuk meneruskan pengajianku ini.

    Setiap hari aku amalkan  ayat 1000 dinar. agar Allah memudahkan segala urusan harianku, doaku semoga aku dapat meneruskan kelas mengajiku dan semoga suatu hari nanti aku dapat membaca ayat2 Al- Quran dengan baik.A ku amat bertuah Allah temukan aku dengan seorang ustaz yang baik dan sabar membimbing aku membaca  mukaddam.......walaupun kekadang aku malu juga kerana dalam usia yang lanjut ini aku mulai  membaca dari peringkat bawah...... tapi tak apa niatku biar apapun cabaran  yang berat aku akan hadapi semoga Allah membantuku dan semoga suatu hari aku dapat membaca dengan baik.............

Friday, 15 March 2013



        " setiap hari pasti duduk depan tv menunggu siaran berita, semoga tiada lagi anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden pencorobohan di Lahad Datu.Doaku dan seluruh rakyat Malaysia agar semua pencoroboh2 ini dapat dihapuskan..........."



    Seawal pagi sudah bergegas ke sekolah menghantar anak yang bersekolah pada hari ini,adoi...........hari sabtu pun tak dapat rehat2 tak apala  h demi anak dikuatkan juga tulang dan badan ini untuk memandu. Hari2 jadualku tak pernah tak sibuk ada2 saja tugasan yang harus di selesaikan.  Kekadang terfikir juga dalam benakku seandainya ditakdirkan badan ini sakit, macamlah anak2 ku pergi sekolah.....ah.... tak payah fikir........ semoga Allah sentiasa memberikan yang terbaik agar aku dapat menjalankan tugasku sebagai ibu dengan terbaik...........

      Adoi.............yang ini satu lagi anakku yang seorang ni..... bukan main liat kalau bangun pagi, macam mulut si piah aku membebel suruh dia bangun......ini lagi masalah pembantu rumahku yang bergerak macam siput, dah badan besar banyak songeh pula kalau di tegur kerjanya................macam2 yang terpaksa aku hadapi...........

         he....he.... membebel pula aku seorang2 , tak apalah inilah kehidupan yang penuh dengan warna2 yang penting aku happy mencorakkan kehidupan harian ku walaupun terpaksa menahan kepenatan dengan tugas hariaku yang tak ada penghujungnya................Dairi kehidupan seorang suri rumah............( o  o )





                                                                                                  MYFJ  2013....................

Monday, 11 March 2013





      Setiap hari aku duduk depan tv menanti siaran berita, harap2 semua anggota keselamatan selamat dan tak ada lagi yang terkorban menentang petualang pilipin ( sulu ) Ah............dasar penjahat yang tak kenang budi. Mereka datang ke negara kita nak tunjuk berani.....bah baru kau tau macam mana kuatnya pertahanan negara kami.....matilah semua penganas ........  Doaku semoga cepat2lah keadaan ini berakhir tak tahan hari2 takut dengan pengganas kurang ajar ini..............................


 Sejak beberapa hari yang lalu negara di kejutkan dengan peristiwa pemberontak di lahad datu. Ya Allah hanya padamu sajalah kami memohon pertolongan dan  perlindungan.Dup....dap  .....dup...dap  jantungku berdebar ketakutan banyak kemungkinan yang bermain dalam fikiran. pencoroboh pillipin yang kurang ajar datang secara biadap meminta tuntutan sabah. Aah..............sudahlah datang  secara biadap berani pula menembak anggota keselamatan, kesian isteri2 dan anak2 kehilangan tempat bergantung. semoga Allah meletakkan roh mereka dikalangan para syudah.....................Aamin...........


   
   

Saturday, 2 March 2013





         " Duduk depan tv sambil menunggu berita terkini, semoga inseden pencorobohan di Lahad Datu segeralah selesai....................( 0 0 ) "









     Semalaman mata ini susah nak lelap kerana terlalu bimbang dengan inseden di Lahad Datu dan sudahpun menular ke daerah  Semporna....dup....dup....jantungku berdebar memikirkan keselamatan keluargaku. Tak sabar2 aku mau peristiwa ini cepatlah selesai.......Air mataku mengalir sedih melihat kesedihan keluarga dua anggota polis yang terkorban dalam peristiwa yang sangat menakutkan seluruh penduduk Sabah.....:(( Doaku agar Allah sentiasa melindungi keselamatan keluargaku.............

      Peristiwa hitam yang berlaku di Lahad Datu itu amat menakutkan kerana dengan banyaknya warga Filipin di Sabah merupkan  ancaman pada keselamatan sabah,  takut mereka ambil kesempatan buat kacau......Ya Allah semoga keselamatan warga Sabah akan sentiasa mendapat lindunganmu.............

      Ketakutanku ini kekdang membuat anggota badanku mengeletar dan kekadang macam nak pitam....Adoi......kenapalah petualang ini buat kacau dekat sini, pergilah balik negera kauorang dasar manusia tak boleh diuntung.......dah Malaysia benarkan mereka cari rezeki disini nak buat kacau pula...:{

     Doaku agar keselamatan sabah dan warganya serta keluargaku terpelihara........Aamin........................