wow seronok dpt berkongsi idea dlm blog saya.Hantarlah idea yang kreatif agar dapat kita melakar keindahan kehidupan yang penuh cabaran ini :)

Monday, 26 March 2012

MUTIARA KATA :


Bunga bukan saja dapat mengembalikan tenaga dan membangkitkan kegembiraan tetapi juga memanjangkan umur, mengurangkan tekanan dan mendatangkan kedamaian. Jadi, nikmatilah keindahan bunga dan ciumlah aromanya setiap pagi : )

  Tarik nafas dan senyum. Untuk melawan tekanan, cubalah tarik nafas panjang dan senyum. Ini kerana ia dapat mengembalikan saraf yang menegang dan perasaan cemas. Awas jangan senyum yang dibuat-buat..............



MYFJ/2012........0 0
TIPS MENGATASI KEMURUNGAN :

Belajarlah menjadi lebih tenang dan sabar.

Jangan menetapkan ekspektasi terlalu tinggi sehingga sukar untuk dicapai

Perancangan tugas perlu dibuat agar semunya lebih teratur.

Jangan terlalu mengharap pada diri sendiri.

Elakan bersendirian.

Habiskan masa dengan orang tersayang

Libatkan diri dengan aktiviti yang membolehkan anda berfikir secara positif

Setiap keputusan yang berat harus dibincang dengan pihak kedua dan melihatnya secara objektif.


MYFJ/ 2012

Sunday, 25 March 2012

FAKTA YANG PERLU KITA KETAHUI

Perkahwinan  mengurangi tekanan perasaan
Perkahwinan membantu memberi kita kebaikan dan kesempurnaan
Perkahwinan memberikan kita terlindung dari sebarang risiko penyakit



MYFJ/2012
MUTIARA KATA.........
Harta yang paling berharga dalam kehidupan sepasang suamiisteri ialah anak-anak yang sentiasa mengayangi mereka. Tanyakan pada mana-mana ibu bapa sekali pun,pasti ingin yang terbaik untuk anak-anak mereka. Harapan yang disandarkan kepada anak-anak menggunung tinggi umpama puncak Everest.
Harta yang paling berharga dalam kehidupanku adalah anak-anakku dan ingin menghabiskan sisa-sisa kehidupanku bersama keluarga yang menyayangi aku dan suamiku


MYFJ/2012..........
MUTIARA KATA............
Pastikan pasangan anda menjadikan  keutamaan dalam kehidupan anda.
Jangan sesakali mengecewakan pasangan anda dalam apa juga situasi.
Cuba tunjukan komitmen anda terhadap pasangan dan pastikan anda selalu ada disisinya.
Terutama semasa pasangan anda dalam kesusahan mahupun dalam kesenangan.
Pastikan rumah anda berdua sentiasa dihiasi dengan keimanan dan kasihsayang.


myfj /2012
MUTIARA KATA : "
 janganlah engkau bocorkan rahasianya sama sakali.
janganlah engkau mencaci orang lain di hadapannya,
janganlah engkau membohonginya,
janganlah engkau melanggar perintahnya,
janganlah engkau menghianatinya.