wow seronok dpt berkongsi idea dlm blog saya.Hantarlah idea yang kreatif agar dapat kita melakar keindahan kehidupan yang penuh cabaran ini :)
Saturday, 30 April 2011
Pagi ni seperti biasa aku bersiap-siap untuk menghantar kedua anakku Ila n Ika ke tuisyen.Selepas keduanya selamat aku hantar, aku beredar degan niat hendak pergi ke pekan Inanam untuk membeli barang2 keperluan rumah tetapi aku begitu tertanya-tanya kenapa begitu ramai anggota polis membuat sekatan jalan.O_o......aku amat takut apabila mengetahui berlaku satu rompakan di kedai emas di pekan Inanam. Disebabkan aku terperangkap dalam kesesakan jalan raya maka agak susah untuk aku berpatah balik. Aku teruskan juga untuk melihat kejadian itu, perompak itu menembak seorang pak cik pemandu kereta sapu dan berjaya melepaskan diri.Aduh bertambah takut aku dan berdoa semoga Allah melindungiku dari terserempak dengan perompak itu. Syukur aku berjaya memboloskan keretaku dari kesesakan itu.....dan selamat mengambil kedua-dua anakku.
Thursday, 28 April 2011
"Senja yang indah, membawa seribu kisah insan-insan yang berbeza.Walaupun hadirmu hanya seketika. Namun kau coretkan berbagai memori kehidupan insan.pergilah kau berlalu wahai senja yang indah, esok kau pasti akan mewarnai kehidupan ini............"
karya nukilan,
FJ2011:)
"Sunset is beautiful, bringing different thousand stories to each beings .Although it's only briefly. But you paint many memories over the life of me.Just go... O beautiful sunset, tomorrow you're sure to color the life of me again ........ ...."
the work piece,
FJ2011:)
karya nukilan,
FJ2011:)
"Sunset is beautiful, bringing different thousand stories to each beings .Although it's only briefly. But you paint many memories over the life of me.Just go... O beautiful sunset, tomorrow you're sure to color the life of me again ........ ...."
the work piece,
FJ2011:)
Wednesday, 27 April 2011
Walaupun kesedihanku masih terasa namun aku diberikan hadiah oleh yang maha Esa, dimana anakku Yazid, Linda serta cucu kesayanganku Saza balik ke sabah minggu ni.Ini kerana anakku Yazid ada urusan kerja di sabah .Ya Allah hanya kau saja yang tahu betapa aku memerlukan keceriaan dan kegembiraan di saat2 ini.Dengan kepulangan anak, menantu dan cucuku sekurang-kurangnya dapat aku melupakan kesedihan yang berlaku kematian kakak iparku minggu ini. Cucuku saza adalah satu2nya mutiara dalam hidupku yang semakin dikejar usia ini. Saza cucuku semakin besar dan menunjukan ciri2 seorang kanak2 yang pintar. Telatahnya yang begitu cerdek dengan kepetahannya bertutur bahasa inggeris begitu mencerikan kehidupan kami sekeluarga terutama aku dan suamiku.Doaku semoga kehidupan kami sekeluarga sentiasa diberkati yang maha Esa dan kalau boleh tambahkan lagi Ya Allah cucu2 kami agar kehidupan ku dan suami yang semakin diusia emas ni akan bertambah ceria. Aamin.
Sunday, 24 April 2011
Pagi ni hatiku amat sayu dan sedih mengenangkan kesedihan yang menimpa keluarga abangku Zake. Kelmarin aku mendapat berita tentang kematian kakak iparku itu secara mengejut. Tak ku sedari airmataku mengalir dan terbayang akan kesedihan yang dialami oleh keluarga abangku kerana baru seminggu mereka gembira menyambut cucu sulung lelaki. Aku juga sedih sebab tak dapat balik kampung untuk menziara keluarga memandangkan ketiadaan suamiku yang berada di Kudat dan tiada sesiapa membantuku mengurus anak2ku.Ya Allah seorang demi seorang ahli keluargaku pergi mengadapmu, belumpun setahun kami kehilangan adik ( aruah Fatihah) kini isteri abang Zakeku pula meninggalkan kami. Al- Fatiah buat semua yang telah pergi dan semoga mendapat kedudukan yang baik disisimu Ya Allah. Aku berdoa padamu Ya Allah semoga kau berkatilah kehidupan keluargaku dan semoga kau terimalah segala amalan kami. Di fasa kehidupan yang tak tau penghujungnya ini, ku pohon semoga kau berikan aku peluang membaiki segala amalanku. Aamin.
Jam 12.30 tengah hari tadi aku terkejut mendapat panggilan telefon daripada abang sulungku memberitahu kakak iparku( isteri pada abang Zake ) telah kembali ke rahmatullah. Innalillahi wa inna illahi rajiuun, hanya itu yang dapat ku ucapkan tanpaku sedari airmataku mengalir. Aku amat terkejut kerana baru seminggu mereka menyambut cucu sulung lelaki iaitu anak sulung abangku iaitu Lina. Baru seminggu lepas abangku memberi tahuku betapa gembiranya dia menyambut cucunya itu kerana dia amat mengharap kehadiran seorang lelaki dalam keluarganya memandangkan kedua-dua anaknya perempuan. Takziah buat keluarga abangku Zake semoga ALLAH memberkati kehidupan mereka dan menguatkan iman mereka atas segala dugaan ini. Al- Fatiha buat aruah kakak iparku, semoga Allah memberkati rohnya . Aamin.
Saturday, 23 April 2011
Kehidupan ini penuh dengan warna2 keindahan, tapi bukan semua yang kita inginkan akan berakhir dengan keindahan. Melalui fasa kehidupan ini kadang2 kita akan bertemu dengan berbagai rintangan untuk mencapai segala keindahan itu. Begitulah dengan segala yang aku lalui sepanjang usia perkahwinanku yang sudah mencapai usia 31 tahun ini. Berbagai-bagai rintangan yang terpaksa aku lalui kekadang ada yang indah dan tak sunyi juga dengan kesedihan. Tapi itu adalah resepi kehidupan yang mesti dilalui oleh semua insan yang menempuhi fasa sisa2 hidup ini. Apapun aku akan hiasi kehidupan ini seperti indah nya mawar merahku ini:D
Wednesday, 20 April 2011
"Manusia perlu menggunakan mindanya untuk berfikir. Pun begitu , minda perlu juga direhatkan seketika supaya boleh berfikir dengan baik untuk masa yang berikutnya. Gunakan pelbagai medium untuk merihatkan minda seperti mendengar muzik perlahan, melihat kehijauan pokok di laman rumah, menatap potret insan2 tersayang atau pergi ke spa."
Tuesday, 19 April 2011
Banyak perkara yang membuat kepalaku pening minggu ni. Kekadang aku sendiri tak pasti kenapalah kepala ni selalu memikirkan perkara yang pelik2.Kekadang denyutan jantungku berdenyut seakan nak pecah jantung ni.............Aku berdoa semoga Allah sentiasa memberkati kehidupanku. Petang semalam kakakku Yam meneliponku dan bertanya keadaan keluargaku, rinduku pada kakakku ni hanya Allah sajalah yang tahu. Maklumlah hanya aku dan dia sajalah yang masih ada selepas kematian kakakku Hajjah. Kekadang nak juga aku balik kampung jumpa kakakku sambil melawat pusara kedua ibubapaku tapi tugas mengurus anak2 ( zahid, ila, ika) tak ada sesiapa yang tolong jaga. Semoga Allah memberikan aku kelapangan dan kesihatan yang baik agar suatu hari nanti dapat juga aku balik kampungku. Aamin.
Saturday, 16 April 2011
Rutin harianku berjalan seperti biasa, jam 10.00pagi hantar anakku Ila ke sekolah untuk menyiapkan projek sekolah. Balik rumah dan menyiapkan hidangan tengahhari kerana jam 2.00 nanti akan menghantar anak bungsuku Ika ke pusat tuisyen.Walaupun agak sibuk dan penat aku seronok sekurang-kurangnya aku dapat memastikan segala keperluan anak2ku dapat dipenuhi.Beginilah tugas seorang ibu yang tak ada penghujungnya, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah tanggungjawab untuk anak2 dan suami akan digalas dengan baik. Jam 3.00 petang hantar anak lelakiku, Zahid ke One Borneo. Anak lelakiku nak shooping katanya nak beli barang2 peribadinya. Wah , dah dewasa anakku Zahid dan dialah satu2nya anak lelakiku yang tinggal denganku kerana abang2nya yang lain semuanya dah kerja dan tinggal di semenanjung. Aku amat bersyukur kerana ada lagi seorang anak lelakiku yang tinggal denganku, terutama semasa ketiadan suamiku bertugas di luar daerah. Doaku semoga anak kesayanganku ini akan berjaya seperti abang2nya. Oops....dah jam 4.00 masa untuk ambil Ika dari tuisyen....................
Thursday, 14 April 2011
;))))))000000)))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
setiap perjalanan kehidupan seharian; kita akan bertemu dengan pelbagai kerenah manusia. kekadang seronok juga tetapi ada juga yang mengengkelkan. pengalaman seharianku, aku bosan betul dengan manusia yang tak mahu ikut peraturan terutama semasa memandu di jalan raya. Seolah-olah jalan raya ni hak dia seorang. Hari ni aku bertemu dengan seorang pemandu yang agak sewel, sudahlah dia nak potong keretaku tapi memandu macamlah jalan tu hak dia seorang. Bila aku bagi jalan dia tunjuk muka macam nak telan orang, Pemandu ni patut masuk penjara saja baru padan muka dia. Tapi tak apalah aku istigafar banyak2 semoga setiap perjalananku akan sentiasa mendapat perlindunganmu Ya Allah.
Monday, 11 April 2011
Syukurlah selesai semua kerja2 hari ni dengan baik,walaupun agak penat namun urusan anak2 tetap dijalankan dgn sempurna.Hari ni rumah agak sunyi maklum hanya aku dan anak2 ( zahid, ila n ika) di rumah sementara honey bertugas di luar daerah ( kudat) selama tiga hari. Doaku semoga Allah melindungi keluargaku.
Saturday, 9 April 2011
Hari ni agak relax sedikit kerana tiada aktiviti yang perlu aku tergesa-gesa uruskan. seawal pagi sudah bangun dan selepas solat subuh baru aku sedar rupanya jam baru menunjukan jam 5.30 pagi. Aku udah terbiasa dgn jadual rutinku yang bermula seawal jam 4.30 setiap hari untuk urusan anak2 ke sekolah.
Hujung minggu yang indah dan hari ini juga anak2 yang tinggal di asrama( anis, fathin n ana} akan balik .Sunyilah lagi rumah kerana tiga anak inilah yang kuat ketawa bila ada di rumah.Tak apalah demi kejayaan anak2ku keceriaan ini terpaksa juga kami korbankan.Doaku anak2ku semua akan berjaya dalam kehidupan mereka.
Hujung minggu yang indah dan hari ini juga anak2 yang tinggal di asrama( anis, fathin n ana} akan balik .Sunyilah lagi rumah kerana tiga anak inilah yang kuat ketawa bila ada di rumah.Tak apalah demi kejayaan anak2ku keceriaan ini terpaksa juga kami korbankan.Doaku anak2ku semua akan berjaya dalam kehidupan mereka.
Menjadi rutin harianku untuk menghantar kedua anakku Ila n Ika ke kelas tuisyen. Walaupun agak penatku gagahi juga untuk memastikan keduanya cemerlang. Kekadang bosan juga dengan kehidupan yang seakan tak ada ruang untuk aku merihatkan mental dan fizikaku. Ah.............demi keluarga ini terpaksa juga ditelan walaupun kekadang membosankan.Demi sayangku pada anak2 terutama pada tiga anakku yang masih memerlukan perhatian dan doronganku.Doaku semoga ketiga anakku ini berjaya seperti yang lainnya.
Friday, 8 April 2011
Dah dua hari tak dapat mencoretkan bingkisan dlm bloggerku ini. Hari ni seperti biasa aku sibuk menguruskan anak2 dan suamiku. Agak sedih sebab honeyku tak berapa sihat, walaupun tak sihat pegi kerja juga.Aku bangga suamiku seorang yang amat mementingkan pekerjaannya . Doaku semoga honey sembuh daripada sakit tekaknya.
Monday, 4 April 2011
Seronoknya hari ni, aku dapat menulis sendiri di blog comelku ini tanpa bantuan anakku Ila. Walaupun masih agak lambat tapi syukur aku sudah dapat mengusai alat cangih ini utuk aku mencoretkan segala keseronokkanku melalui kehidupan seharian.Ah..........agak sebuk juga hari ni, maklum nak siapkan segala keperluan anak2.Jam 12.30 nanti nak kejar pula ke sekolah hantar makan tengah hari untuk Ila n Ika. Ambil Zahid tepat jam 2.00.Kekadang aku terasa penat juga tapi demi anak2 ku gagahi juga.
Dalam blog comelku ini,ku coretkan ungkapan indah iaitu " WOMAN IN MY LIFE" Siapakah woman in my lifeku ini? Dialah ibu kesayanganku iaitu aruah ibuku HAJJAH SARAH. Dialah yang melahirkanku dan mendidikku menjadi insan yang sempurna. Walaupun ibuku sudah pergi meninggalkanku namun kasihsayangnya tetap semerbak harumnya kemboga pagi yang tetap mengharumkan setiap penjuru kehidupanku. Sepanjang kehidupannya sentiasa berkorban untukku dan saudara2ku yang seramai sebelas orang ini.Alangkah indahnya jika ibu.masih hidup dan melihat kejayaan melahirkan anak seramai sebelas orang ini. Walaupun penat aku akan sentiasa berdoa agar aku dapat mendidik anak2ku agar menjadi insan2 yang berjaya di dunia dan akhirat sama seperti yang ibu lakukan sepanjang hayatnya..Doaku semoga ibu dan ayahku di tempatkan dikalangan mereka2 yang beriman dan mendapat kedudukan yang baik di syurgamu YA ALLAH.
Sunday, 3 April 2011
Subscribe to:
Comments (Atom)





