wow seronok dpt berkongsi idea dlm blog saya.Hantarlah idea yang kreatif agar dapat kita melakar keindahan kehidupan yang penuh cabaran ini :)

Sunday, 24 April 2011

Jam 12.30 tengah hari tadi aku terkejut  mendapat panggilan telefon daripada abang sulungku memberitahu kakak iparku( isteri pada abang Zake ) telah kembali ke  rahmatullah. Innalillahi wa inna illahi rajiuun, hanya itu yang dapat ku ucapkan tanpaku sedari airmataku mengalir. Aku amat terkejut kerana baru seminggu mereka menyambut cucu sulung lelaki iaitu anak sulung abangku iaitu Lina. Baru seminggu lepas abangku memberi tahuku betapa gembiranya dia menyambut cucunya itu kerana dia amat mengharap kehadiran seorang lelaki dalam keluarganya memandangkan kedua-dua anaknya perempuan. Takziah buat keluarga abangku Zake semoga ALLAH memberkati kehidupan mereka dan menguatkan iman mereka atas segala dugaan ini. Al- Fatiha buat aruah kakak iparku, semoga Allah memberkati rohnya . Aamin.

1 comment: