wow seronok dpt berkongsi idea dlm blog saya.Hantarlah idea yang kreatif agar dapat kita melakar keindahan kehidupan yang penuh cabaran ini :)
Saturday, 30 April 2011
Pagi ni seperti biasa aku bersiap-siap untuk menghantar kedua anakku Ila n Ika ke tuisyen.Selepas keduanya selamat aku hantar, aku beredar degan niat hendak pergi ke pekan Inanam untuk membeli barang2 keperluan rumah tetapi aku begitu tertanya-tanya kenapa begitu ramai anggota polis membuat sekatan jalan.O_o......aku amat takut apabila mengetahui berlaku satu rompakan di kedai emas di pekan Inanam. Disebabkan aku terperangkap dalam kesesakan jalan raya maka agak susah untuk aku berpatah balik. Aku teruskan juga untuk melihat kejadian itu, perompak itu menembak seorang pak cik pemandu kereta sapu dan berjaya melepaskan diri.Aduh bertambah takut aku dan berdoa semoga Allah melindungiku dari terserempak dengan perompak itu. Syukur aku berjaya memboloskan keretaku dari kesesakan itu.....dan selamat mengambil kedua-dua anakku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment