wow seronok dpt berkongsi idea dlm blog saya.Hantarlah idea yang kreatif agar dapat kita melakar keindahan kehidupan yang penuh cabaran ini :)
Sunday, 24 April 2011
Pagi ni hatiku amat sayu dan sedih mengenangkan kesedihan yang menimpa keluarga abangku Zake. Kelmarin aku mendapat berita tentang kematian kakak iparku itu secara mengejut. Tak ku sedari airmataku mengalir dan terbayang akan kesedihan yang dialami oleh keluarga abangku kerana baru seminggu mereka gembira menyambut cucu sulung lelaki. Aku juga sedih sebab tak dapat balik kampung untuk menziara keluarga memandangkan ketiadaan suamiku yang berada di Kudat dan tiada sesiapa membantuku mengurus anak2ku.Ya Allah seorang demi seorang ahli keluargaku pergi mengadapmu, belumpun setahun kami kehilangan adik ( aruah Fatihah) kini isteri abang Zakeku pula meninggalkan kami. Al- Fatiah buat semua yang telah pergi dan semoga mendapat kedudukan yang baik disisimu Ya Allah. Aku berdoa padamu Ya Allah semoga kau berkatilah kehidupan keluargaku dan semoga kau terimalah segala amalan kami. Di fasa kehidupan yang tak tau penghujungnya ini, ku pohon semoga kau berikan aku peluang membaiki segala amalanku. Aamin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment