wow seronok dpt berkongsi idea dlm blog saya.Hantarlah idea yang kreatif agar dapat kita melakar keindahan kehidupan yang penuh cabaran ini :)
Saturday, 16 April 2011
Rutin harianku berjalan seperti biasa, jam 10.00pagi hantar anakku Ila ke sekolah untuk menyiapkan projek sekolah. Balik rumah dan menyiapkan hidangan tengahhari kerana jam 2.00 nanti akan menghantar anak bungsuku Ika ke pusat tuisyen.Walaupun agak sibuk dan penat aku seronok sekurang-kurangnya aku dapat memastikan segala keperluan anak2ku dapat dipenuhi.Beginilah tugas seorang ibu yang tak ada penghujungnya, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah tanggungjawab untuk anak2 dan suami akan digalas dengan baik. Jam 3.00 petang hantar anak lelakiku, Zahid ke One Borneo. Anak lelakiku nak shooping katanya nak beli barang2 peribadinya. Wah , dah dewasa anakku Zahid dan dialah satu2nya anak lelakiku yang tinggal denganku kerana abang2nya yang lain semuanya dah kerja dan tinggal di semenanjung. Aku amat bersyukur kerana ada lagi seorang anak lelakiku yang tinggal denganku, terutama semasa ketiadan suamiku bertugas di luar daerah. Doaku semoga anak kesayanganku ini akan berjaya seperti abang2nya. Oops....dah jam 4.00 masa untuk ambil Ika dari tuisyen....................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment