wow seronok dpt berkongsi idea dlm blog saya.Hantarlah idea yang kreatif agar dapat kita melakar keindahan kehidupan yang penuh cabaran ini :)

Wednesday, 16 May 2012



   Semalam adalah ulang tahun kelahiran ku yang ke- 52 tahun. Tak ada yang dapat aku ungkapan selain memanjatkan syukur kepada yang maha  Esa kerana diberikan peluang untuk aku dapat merayakan hari yang paling bermakna ini. Aku amat bersyukur kerana suamiku dan anak2 telah merayakannya dengan penuh makna, walaupun separuh daripada anak2ku tak dapat merayakannya bersama namun dengan pangilan talipon dari anak2ku cukup membahagiakan hati ibu tua ini. Tak dapatku gambarkan betapa bahagianya aku kerana mendapat anak2 yang selalu mengingati akan tarikh2 penting dalam kehidupan ini. Kepada suamiku ( En Muhamad Yew} sekalung tahniah dan terima kasih honey, kerana belanja aku dan anak2 makan sempena ulang tahunku ini.Doaku semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan keluargaku dan memberikan kesihatan yang baik agar aku dapat melihat kejayaan anak2ku dan dapat merayakan hari - hari kejayaan anak2 kami. Aamin.................

Sunday, 13 May 2012

     

TAHUKAH  ANDA ?????

       Diam  adalah  tindakan  paling  bagus  untuk  menenangkan  diri.
       Sekiranya  anda  dalam  keadaan  berserabut,  apa  kata  cuba  duduk
       bersendirian seketika .  Kemudian  pasang  lagu  berima  perlahan  dan
       tenangkan  diri  sambil  menikmati  persekitaran  yang  menyamankan.

        Banyak  bercakap  boleh  menyebabkan  fikiran  berserabut  dan  tidak
       tenang.  Jestru  pada  ketika  fikiran  tidak  menentu  kita  perlu  berdiam
      diri .  Walaupun  mungkin  sukar  untuk  individu  yang  memang  suka  bercakap
       melakukannya ,  namun  percayalah ,  kurang  bercakap  boleh
      membawa  kebahagian.....................: 0 )








     _ m y f j / 2 0 1 2 _
 


ERTI  SEBUAH  KEHIDUPAN.........


  "Dalam  dunia  ini  tidak  ada  kesilapan  atau  ketidaksengajakan
    Semua  yang  mendatangi  kita  adalah  untuk  kita  pelajari
    daripadanya............"



   _ myfj 2012_

     USIR RINDU DENGAN MINDA.............


    Minda   cerdas  bermaksud  minda  yang  mudah  berkembang
   dan  boleh  berfikir  dengan  baik.  Kecerdasan  minda  bergantung 
   kepada  kebolehan  seseorang  mengawal  mindanya  dan  memberi
   pendapat bernas.

   Kecerdasan   minda  boleh  menjadikan  sesaorang  mampu mengutarakan
    idea  bernas  apabila diminta.
    Anda  mesti  menjaga  kesihatan  tubuh  supaya  menyerlahkan  penampilan
    minda  anda..........






        _ M Y F J / 2 0 1 2 -
  SEMANIS  KURMA......


         "Fikiran  yang  terbuka dan  mulut  yang  tertutup  merupakan
           suatu  kombanasi  kebahagian . Ingatlah   lidah   menentukan
           siapa  diri  kita  sebenarnya. "





 MYFJ / 2012.............


   Sudah agak lama tak dapat mencoretkan bait-bait madah dalam blog  comelku ini
   kerinduan untuk melakar coretan begitu mendalam kerana hanya dengan melakar
   minda ini akan segar.

  Hari ini merupakan hari keramat bagi semua wanita kerana diberikan satu tarikh keramat
  untuk mengingati pengorbanan seorang yang bergelar ibu sebagai " Sambutan Hari IBU "
 sambutan hari ibu mengingatkan aku pada aruah ibuku .Mengalir air mataku bila tiba tarikh sambutan hari
ibu kerana pada tarikh inilah pemergian ibuku 17 tahun yang lepas. Walaupun sudah agak lama namun
 setiap tahun tarikh ini akan mengingatkan aku pada insan yang bergelar ibuku ini.Doaku semoga
Allah  merahmati rohnya. Aamin...........