wow seronok dpt berkongsi idea dlm blog saya.Hantarlah idea yang kreatif agar dapat kita melakar keindahan kehidupan yang penuh cabaran ini :)
Thursday, 17 November 2011
Syukur alhamdulillah ,anakku AYA telah mendapat keputusan yang cermelang dalam peperiksaan UPSR dgn 6A 1B .Walaupun hanya mendapat B dalam subjek kefahaman cina namun cukup membanggakan kerana bukan mudah untuk mencapai gred yang baik dalam subjek mandrin, terutama bagi pelajar2 melayu. Aku amat bangga dengan pencapaian anakku kerana dia merupakan anak tunggal yang mencatat 6A dalam keluarga dalam ujian UPSR kerana kesemua anak2 yang lain menduduki dalam aliran melayu ( S K ) Doaku semoga anakku dapat meneruskan pelajarannya kesekolah menengah dgan mengambil matapelajaran mandarin sebagai mata pelajaran teras.Lega juga hati ini kerana debaran demi debaran menanti keputusan anak2 dan lepas ini PMR pula akan keluar bulan november nanti. Doaku semoga anakku Zahid akan mencatat keputusan yang cemerlang. Buat anakku Sakinah yang sedang menduduki peperiksaan SPM , doa mak agar Allah memberkati setiap usaha anak2 mak n pak. Aamin..............................
Wednesday, 2 November 2011
Syukur alhamdulillah, kami baru saja balik dari menghadiri majlis konvo anak perempuan kami Anis. Aku dan suamiku amat bangga kerana ANIS merupakan anak perempuan kami yang pertama menamatkan pengajiannya diperingkat ijazah.Mengalir air mataku bila nama anakku diumumkan dalam majlis tersebut.Aku amat bangga kerana kesemua anak2 kami menunjukkan perestasi yang amat membanggakan. Doaku agar anak2 yang masih belajar dapat mencontohi kejayaan abang2 dan kakak mereka Anis berjaya ke menara gading.Sepanjang berada di semenanjung dapatlah aku berkumpul dengan anak2 yang bertugas disana( zizi, mizi n mie). Kami amat bersyukur kepada anakku Yazid dan isterinya Linda n cucu kesayanganku saza, kerana menempahkan kami penginapan yang amat mewah ( Grand BlueWave Hotel} semoga Allah memberkati kehidupan anakku Yazid sekeluarga yang begitu perihatin terhadap kami. Doaku semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan kami sekeluarga. Aamin..........................
Subscribe to:
Comments (Atom)