wow seronok dpt berkongsi idea dlm blog saya.Hantarlah idea yang kreatif agar dapat kita melakar keindahan kehidupan yang penuh cabaran ini :)
Sunday, 31 July 2011
" Dalam kesempatan yang ada ini, rebutlah peluang untuk menambahkan pahala dengan melakukan ibadat- ibadat sunat selain berpuasa, seperti solat sunat terawih, perbanyakan bacaan al-Quran, bertadarus, bersedekah, beriktikaf di masjid dan menjamu orang ramai berbuka puasa. Sekurang-kurangnya kedatangan Ramadhan dapat mendekatkan kita kepada Allah SWT. "
Monday, 25 July 2011
"Seronok pula bila memikirkan minggu ni adalah minggu terakhir umat islam dapat makan pada waktu siang, kerana minggu depan Insyallah bulan Ramadhan akan menjelma. Wooow maknanya aku tak paya susah2 untuk masak pada tengah hari. Banyak juadah yang telah aku siapkan untuk dihidangkan semasa berbuka puasa nanti. Semoga ALLAH memberikan aku kesihatan yang baik dan dapat mengerjakan ibadat puasa tahun ini dengan sempurna.Aamin................
Saturday, 23 July 2011
Lucky me..
Proud Mom:)
Minggu ni amat sibuk terutama pada kelmarin kerana seawal pagi aku telah berkejar-kejar untuk menghantar anakku Nana kerana mengambil bahagian dalam pertandingan public speaking peringkat Negeri.. Aku amat bangga kerana anakku Nana telah berjaya untuk mewakili daerah Kota Belud ke peringkat negeri. Syukur ALHAMDULILLAH, anakku telah berjaya mendapat Naib johan dalam pertandingan tersebut. Aku bangga kerana anakku mempunyai bakat untuk bercakap di hadapan vvip dan bertutur dalam bahasa inggeris dengan fasih dan menyampaikan idea2 yang keritif dengan baik. Ini bukanlah mudah bagi sesetengah pelajar, namun anakku dapat melakukannya dengan lancar dan mudah... Syukur pada Allah kerana mengurniai aku anak2 yang cerdik .Doaku semoga kesemua anak2ku berjaya dunia dan Akhirat. Hari ni juga anakku Azizi akan balik ke semananjung kerana cutinya selama seminggu sudah habis dan akan memulakan kuliahnya minggu depan.Anakku Zizi telah berjaya menamatkan diplomanya dan telah menerima diplomanya dalam majlis konvo baru2 ini di Politeknik. Doaku semoga anakku ini berjaya mendapatkan degerenya pada tahun hadapan dalam bidang Aircraf Engenering di UNIKL.Doaku semoga Allah memberikan aku dan suamiku kesihatan yang baik agar kami dapat hadir disetiap hari2 kejayaan anak2 kami . Aamin.................
Monday, 18 July 2011
Hari ini aku amat gembira kerana dapat menghadiri majlis penerimaan diploma anakku Azizi dalam konvokesyen Politeknik ke-15. Seawal pagi aku dan suami telah bersiap-siap untuk majlis konvo anak kami Azizi. Syukur Alhamdulillah kami amat bangga kerana Azizi telah berjaya mendapatkan diplomanya. Kami bersyukur anak2 kami telah menunjukan prestasi yang baik seperti abang2 dan kakaknya Anis . Semoga kejayaan ini akan di contoh oleh adik2 yang lain.
Sunday, 3 July 2011
M inggu ini agak sibuk kerana jadual anak2 yang terlalu padat sampai hari sabtu .Larian satu Malaysia yang diadakan serentak pada hari sabtu.Nampaknya tak dapat buat aktiviti minggu ni kerana terikat dengan jadual anak2. Hari ini tak dapat bergerak kemana- mana kerana jaga rumah sebab ada pemasangan lampu dan panggil orang untuk cuci penghawa dingin yang dah lama tak diservis. Adooi...........tak dapatlah jalan2 dengan honeyku kerana inilah aktiviti yang kami berdua lakukan pada penghujung minggu.Tak apalah sekali sekala habiskan hujung minggu lepak di rumah.......
Subscribe to:
Comments (Atom)
