wow seronok dpt berkongsi idea dlm blog saya.Hantarlah idea yang kreatif agar dapat kita melakar keindahan kehidupan yang penuh cabaran ini :)
Thursday, 19 May 2011
Tuesday, 17 May 2011
AVANZA BARU:p
Hari ini adalah hari pertama aku memandu kereta baruku, Toyota Avanza. Seronok juga memandu kereta baruku ini, tetapi agak takut2 juga maklumlah kereta baru.............terlalu berhati-hati seperti baru dapat lesen memandu dulu. Syukur Alhamdulillah, Allah berikan rezeki dan kemurahan hati buat anakku yazid n linda dapatlah aku memandu kereta mewah ini.Doaku semoga perjalananku dengan kereta baruku ini sentiasa mendapat keberkatan. Aamin.
Monday, 16 May 2011
Tanggal 16/5 merupakan tarikh keramat bagiku kerana pada tarih inilah aku dilahirkan ke dunia oleh ibu kesayanganku aruah Hajjah Sarah 51 tahun yang lalu. Pada tanggal ini jugalah telah diiktiraf sebagai " Sambutan Hari Guru di Malaysia." Setelah 51 tahun kehidupan ini penuh dengan berbagai kenangan, iaitu kenangan sebagai seorang anak, seorang isteri dan ibu kepada 11 orang anak2. Sebagai seorang ibu dan isteri kepada seorang pendidik ( En, Muhamad Yew)aku amat berbangga kerana diberikan suami yang baik dan anak2 yang selalu menyayangi diriku. Dalam usia emasku ini, aku bersyukur diberikan kehidupan yang lengkap oleh penciptaku ( Allah ) kerana selalu di dampingi oleh insan2 yang sangat menyayangiku ( anak2ku, menantuku Linda yang baik hati serta cucuku saza) mereka2 inilah yang memberikan kekuatanku walaupun kekadang badan ini selalu sakit2 maklumlah usiapun sudah menghampiri emas . Anak2ku tak pernah melupai setiap tahun tarikh ulang tahun kelahiranku, ada saja hadiah yang diberikan dan anak2 yang jauh akan menelefonku. Buat anakku Mizi terima kasih kerana belanja makan malam( sebelum berlepas balik ) Buat anakku Yazid serta menantuku Linda terima kasih belikan kereta Avanza ,untuk anakku Mimi terima kasih kerana memasukan wang ke akaun mak , untuk anakku Hafiz dan Azizi terima kasih kerana menelefon mak , buat anak2ku Anis, Fathin, Ina, Zahid,Ila dan Ika kerana membelikan mak perfume .Buat suamiku terima kasih kerana menyayangiku dan cucuku Saza yang memberikan kegembiraan dan keceriaan dalam kehidupan keluarga besarku. Ya Allah inilah kurnianmu yang sangat berharga untukku dalam menempuhi kehidupanku diusia emas.Doaku semoga Allah memberkati kehidupan keluargaku. Aamin.
Sunday, 15 May 2011
Jam 8.00 malam aku memandu kereta kenari ke Tuaran untuk mengambil anakku Fathin yang tak sihat. Walaupun keadaan jalanraya yang agak licin disebabkan hujan yang turun agak lebat petang tadi aku memandu keretaku dengan laju kerana bimbang keadaan anakku Fathin.Syukur Alhamdulillah, semuanya selamat kerana keadaan Fathin tidaklah membimbangkan .Jam 9.30 mlm aku selamat sampai kerumah bersama anakku fathin dan Anis.
Saturday, 14 May 2011
MEMORI BERSAMA KERETA KELISAKU...

Sedih pula hatiku berpisah dengan kereta kelisa merahku( SAA 277C) setelah sepuluh tahun menggunakannya mengurus anak2ku ke sekolah. Sepanjang aku menggunakan keretaku ini tak pernahlah berlaku sesuatu yang membahayakan. Syukur alhamdullilah walaupun sedih aku tetap akur berpisah dengan kereta kelisaku ini kerana anak dan menantuku ( yazid n linda) telah membelikan aku sebuah kereta Toyota Avanza yang mana menjadi idamanku sejak dulu. Syukur Alhamdullilah, Allah memberikan aku anak dan menantu yang baik kerana begitu bermurah hati membelikan aku kereta ini.Doaku semoga Allah memberkati kehidupan anakku Yazid sekeluarga. Aamin

Sedih pula hatiku berpisah dengan kereta kelisa merahku( SAA 277C) setelah sepuluh tahun menggunakannya mengurus anak2ku ke sekolah. Sepanjang aku menggunakan keretaku ini tak pernahlah berlaku sesuatu yang membahayakan. Syukur alhamdullilah walaupun sedih aku tetap akur berpisah dengan kereta kelisaku ini kerana anak dan menantuku ( yazid n linda) telah membelikan aku sebuah kereta Toyota Avanza yang mana menjadi idamanku sejak dulu. Syukur Alhamdullilah, Allah memberikan aku anak dan menantu yang baik kerana begitu bermurah hati membelikan aku kereta ini.Doaku semoga Allah memberkati kehidupan anakku Yazid sekeluarga. Aamin
Saturday, 7 May 2011
Sunyi terasa pagi ini kerana cucuku saza telah balik ke Johor bersama-sama daddy dan mamynya kelmarin. Walaupun agak sedih untuk berpisah dengan cucu kesayanganku namun aku tetap akur kerana anakku Yazid akan mula bertugas kerana cutinya selama seminggu sudah selesai. Terima kasih buat anakku Yazid serta menantuku Linda yang begitu perihatin terhadap semua kebajikan kami.Doaku semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan anakku.Aamin.

Tanggal 8/5 adalah tarikh keramat bagi semua wanita2di dunia yang bergelar ibu, kerana tarikh ini telah ditakrifkan sebagai tarikh " Sambutan Hari Ibu". Sebagai seorang ibu aku amat bangga kerana anak2 begitu mengingati pengorbanan seorang insan yang sangat berjasa dalam kehidupan mereka. Sebagai seorang ibu aku amat bersyukur kerana Allah memberikan aku anak2 yang ramai dan amat bangga dengan pencapaian setiap anak2ku. Walaupun terpaksa melalui berbagai kesulitan dan cabaran yang banyak ketika membesarkan anak2ku, namun aku amat bangga kerana semua anak2ku berjaya dalam bidang masing2.Doaku dalam melalui usia emas ini, aku dapat melihat kesemua anak2ku berjaya menjadi insan2 yang berjaya di dunia dan ikhirat.Aamin.
Subscribe to:
Posts (Atom)



