Hari ini aku sibuk menguruskan anakku Zahid yang menghadiri kelas karate iaitu setiap hari sabtu. Walaupun hari sabtu jadualku agak padat dengan jadual anak2 yang begitu padat. Jam 9.oo pagi Ika menghadiri kelas tuisyen Mandarin .Syukur alhamdullilah tugas menghantarnya di ambil alih oleh suamiku, sekurang-kurangnya ringan bebanku.
Jam 2.00 petang aku bergegas ke sekolah anakku Ila n Ika kerana hari ini adalah perjumpaan ibubapa dengan guru2 sekolah untuk membincangkan mengenai perkembangan pelajaran anak2. Syukur alhamdulillah, kedua-dua anakku mendapat pencapaian yang sangat membanggakan . Anakku Ila mendapat top 1 dalam kelas 6 M sementara anakku Ika mendapat top 5 dalam kelas 4 M. Aku dan suamiku sangat bangga dengan pencapaian anak2 kami ini. Walaupun keduanya sekolah dalam aliran cina, namun keduanya dapat mengatasi pencapaian rakan2 mereka yang berbangsa cina. Syukur pada Allah, kerana memberikan otak yang cerdik pada anak2 kami. Semoga pencapaian ini akan dapat dikekalkan terutama pada anakku Ila yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada bulan september nanti.
No comments:
Post a Comment