wow seronok dpt berkongsi idea dlm blog saya.Hantarlah idea yang kreatif agar dapat kita melakar keindahan kehidupan yang penuh cabaran ini :)

Wednesday, 21 December 2011

Syukur alhamdulillah segala penantianku membuahkan hasil dimana anakku zahid telah mendapat 7a 1b dalam peperiksaan  PMR yang  baru diumumkan. Walaupun tak mendapat kesemuanya A  dalam peperiksaan ini namun aku cukup bangga dengan pencapaian yang diperolehi olehnya.Doaku semoga zahid  dapat melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. Hari ini juga kami sekeluarga masih berada di Taiping kerana balik bercuti dan datang melawat kampung suamiku. Banyak sekali memori indah yang bermain di mindaku bila datang ke sini.Inilah tempat yang wajib aku sekeluarga lawati kerana disinilah anak2ku  membesar selepas kampungku semporna. Lake Garden tempat anak2 berlari dan bermain dan tak sangka kali ini kami sekeluarga menginap di hotel yang betul2 terletak berhampiran taman ini. Tempat2 anak2ku bermain masih  ada dan memori semalam seakan cepatnya masa berlalu dan kini anak2 dah dewasa semua. Namun tempat ini masih kekal dan banyak pembangunan yang terdapat disini. Taiping oh taiping kau tetap dalam kenangan...............

No comments:

Post a Comment