wow seronok dpt berkongsi idea dlm blog saya.Hantarlah idea yang kreatif agar dapat kita melakar keindahan kehidupan yang penuh cabaran ini :)

Friday, 10 February 2012

Sudah agak lama tak mencoretkan sebarang lakaran dalam blog comelku ini. Tahun ini agak tak berapa selesa kerana kesihatanku agak tak membolehkan aku bergerak dengan selesa. Aku selalu tak sihat akhir2 ini. Kekadang aku seakan tak boleh melakukan kerja2 rumah dan selalu sakit kepala dan pening yang agak serius.Kemungkinan usia yang semakin lanjut dan inilah yang selalu merisaukanku kerana aku amat  bimbang sekiranya selalu tak sihat urusanku mengurus anakku yang tiga oarang ini akan terjejas.Sekarang pun anakku Aya terpaksa aku carikan bas untuk menghantar dan mengambilnya dari sekolah.Kekadang kesihan juga melihat anakku Aya yang seakan tak selesa menaiki bas sekolah ini. Tapi apakan dayaku kerana akhir2 ini kesihatanku selalu terganggu. Penyakit darah tinggiku ini agak keronik, ini yang selalu menjejaskan pergerakanku.Doaku semoga Allah memberikan aku kesihatan yang baik dan memanjangkan usiaku agar aku dapat melihat anak2ku berjaya.

No comments:

Post a Comment