wow seronok dpt berkongsi idea dlm blog saya.Hantarlah idea yang kreatif agar dapat kita melakar keindahan kehidupan yang penuh cabaran ini :)
Saturday, 31 December 2011
tik tok tik tok, detik 2011 hanya beberapa detik saja akan meninggalkan sinarnya, sedih juga kerana tahun ini banyak melakarkan memori indah dalam keluargaku.Tahun ini aku telah mendapat seorang lagi menantu iaitu anakku Hafiz telah melangsungkan perkawinan dengan Elda. Maknanya membesarlah lagi ahli keluargaku. Doaku semoga kedatangan detik 2012 akan membawa seribu rahmat dalam keluargaku. Aamin.............
Wednesday, 28 December 2011
Minggu ini amat sibuk kerana minggu terakhir cuti persekolahan dan tahun 2012 hanya beberapa hari lagi menjelma.. Seronok kerana baru balik dari percutian bersama anak2 di semananjung. Syukur alhamdullilah kerana kali ini dapat bercuti dengan anakku yazid serta menantuku linda dan cucuku saza. Semua anak2ku yang berada di semananjung dapat bertemu kecuali hafiz dan anak sulungku mizi. Sedih hatiku kerana anakku mizi tak dapatku temui kerana sebab2 yang tak dapat dielakan. Doaku semoga Allah melindungi keluargaku. Terimakasih buat anakku yazid dan menantuku linda yang banyak membantu sepanjang percutian kami. Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan anakku yazid dan menantuku linda serta cucuku saza. Aamin.........
Wednesday, 21 December 2011
Syukur alhamdulillah segala penantianku membuahkan hasil dimana anakku zahid telah mendapat 7a 1b dalam peperiksaan PMR yang baru diumumkan. Walaupun tak mendapat kesemuanya A dalam peperiksaan ini namun aku cukup bangga dengan pencapaian yang diperolehi olehnya.Doaku semoga zahid dapat melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. Hari ini juga kami sekeluarga masih berada di Taiping kerana balik bercuti dan datang melawat kampung suamiku. Banyak sekali memori indah yang bermain di mindaku bila datang ke sini.Inilah tempat yang wajib aku sekeluarga lawati kerana disinilah anak2ku membesar selepas kampungku semporna. Lake Garden tempat anak2 berlari dan bermain dan tak sangka kali ini kami sekeluarga menginap di hotel yang betul2 terletak berhampiran taman ini. Tempat2 anak2ku bermain masih ada dan memori semalam seakan cepatnya masa berlalu dan kini anak2 dah dewasa semua. Namun tempat ini masih kekal dan banyak pembangunan yang terdapat disini. Taiping oh taiping kau tetap dalam kenangan...............
Monday, 19 December 2011
Hari ini merupakan hari kedua kami sekeluarga berada di penang.seronok sekali kerana kami sekeluarga menaiki feri dari penang ke sebarang perai. Honey membawa kami kerana mahu anak2 kami merasa bagaimana seronoknya menaiki feri. Dari penang kami menaiki bas ke pelabuhan, woow seronoknya anak2 terutama ika n aya kerana kalau di sabah kami tak pernah menaiki bas.,maklumlah kalau di sabah kemana saja akan menaiki kenderaan sendiri. Seronoknya percutian ini kerana kami merasa betapa penatnya berjalan kaki sampaikan kekadang kaki ini terasa sakit kerana terlalu penat........sedap pula cendol durian di penang road tadi, pasti akanku rindui bila balik sabah nanti. Esok hari terakhir lawatan kami di penang, dan tak sabar untuk menamui cucuku saza yang menanti kami di KLIA. D0aku semoga perjalanan kami sentiasa mendapat perlindunganmu ya Allah. Aamin.......................
Hari ini merupakan hari kedua kami sekeluarga berada di penang.seronok sekali kerana kami sekeluarga menaiki feri dari penang ke sebarang perai. Honey membawa kami kerana mahu anak2 kami merasa bagaimana seronoknya menaiki feri. Dari penang kami menaiki bas ke pelabuhan, woow seronoknya anak2 terutama ika n aya kerana kalau di sabah kami tak pernah menaiki bas.,maklumlah kalau di sabah kemana saja akan menaiki kenderaan sendiri. Seronoknya percutian ini kerana kami merasa betapa penatnya berjalan kaki sampaikan kekadang kaki ini terasa sakit kerana terlalu penat........sedap pula cendol durian di penang road tadi, pasti akanku rindui bila balik sabah nanti. Esok hari terakhir lawatan kami di penang, dan tak sabar untuk menamui cucuku saza yang menanti kami di KLIA. D0aku semoga perjalanan kami sentiasa mendapat perlindunganmu ya Allah. Aamin.......................
Sunday, 18 December 2011
Seharian meronda-ronda di sekitat penang road bersama anak2 dan honeyku, seronok melihat gelagat manusia yang begitu sesak disekitar penang road. Adooi.......... penat juga , maklum disini terpaksa berjalan kaki kerana tak ada kenderan sendiri spt dikk.Walaupun penat tetapi seronok kerana suasananya berbeza tak spt ditempat sendiri. Disini kami bebas bergerak kerana tak siapa kenal dan yang paling seronok dapat makan cendol yang lazat dan aku dapat makan laksa dan sup kuehtiew sekali .Woow....tak sangka begitu lazat, lepas tu oder sotong kangkung dan rojak buah, ha...ha....sampaikan anak2ku terkejut melihat mama mereka makan begitu berselera...Aku dan honey sememangnya suka makanan disemenanjung dan setiap percutian ke sini kami akan plan awal2 tempat2 yang akan kami kunjungi untuk makan. Penang sememangnya terkenal dengan makanan yang lazat2 spt cendolnya yang ori yang dicampur santan asli. Ais kacangnya sangat lazat dan aku tak akan melepaskan untuk makan nasi kandar dan pasimornya esok.................Seharian berjalan aku dan honey terlalu letih tetapi anak2 kami biasalah tak pernah penat ada2 saja aktiviti yang mereka lakukan.Pastinya esok akan menanti lagi percutian keluargaku....................:D
Saturday, 17 December 2011
ORANG2 YANG MUSTAJAB DOANYA~
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلاَثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ لَا شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ عَلَى وَلَدِهِ
Dari Abi Hurairah ra berkata, bersabda Rasulullah saw: Tiga do’a yang diijabah, tidak ada keraguan padanya: Do’a orang yang dizhalim, do’a orang yang sedang bepergian, dan do’a orangtua terhadap anaknya. (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Hari ini adalah hari pertama percutian kami sekeluarga di penang.Kelmarin adalah hari yang agak meletihkan kerana penerbangan kami berterusan dari kota kinabalu ke klia dan singga sekejap dan terus ke penang. Aku agak letih tetapi seronok kerana melihat anak2 yang begitu gembira sepanjang perjalanan ini. Biasalah mereka suka melancung dan percutian ini akan kami nikmati bersama-sama.Selama tiga hari di penang, aku dan honey akan bawa mereka jalan2 sekitar penang kerana tak ada kenderaan sendiri agak menyulitkan kami melawat tempat2 yang agak jauh. Skitar penang road tak jadi masalah kerana boleh dikunjungi dengan berjalan kaki saja. Doaku semoga perjalanan kami sentiasa mendapat perlindungan Allah. Aamin............
Sunday, 11 December 2011
Seawal pagi lagi aku telah memandu kereta kesayanganku , Avanza ke kota belud. P agi ini aku terpaksa menghantar anakku Ina kerana suami tak dapat turun ke KB kerana ada masyurat di kota kinabalu. Walaupun agak malas juga aku memandu ke sana kerana jaraknya yang agak jauh juga,tetapi demi anakku aku gagahi juga kerana Ina ada kelas sains sukan hari ni jam 9.30. Seronok juga memandu ke sana terutama dengan kereta Avanzaku ini. Ina masih lagi menduduki peperiksaan SPM iaitu kertas terakhir sains sukan pada 14hb nanati. Doaku semoga anakku akan berjaya dalam pereriksaan SPM nanti. Aamin..........................................
Thursday, 8 December 2011
Pagi ini aku amat terkejut apabila seawal pagi lagi alam jiranku ( rumah belakang) berbunyi seakan memecahkan telingaku .Aku rasa seakan nak pengsan dan seolah-olah darah keluar dari hidungku kerana terlalu terkejut. Aku amat marah dengan jiran yang kurang ajar ini, kerana bukan sekali dua alam rumahnya menganggu ketenteraman keluargaku dan jiran2 yang lain. Aku amat bimbang dengan tahap kesihatanku kerana aku pengidap darah tinggi dan aku tak boleh terlalu terkejut dan menyebabkan aku nak pengsan. Syukur alhamdulillah aku sempat istigafar dan mengucap dua kalimah syahadat dan dapat mengawal perasaan terkejutku. Geramnya aku Allah saja yang t tahu. Kalau ikutkan rasa marah, mau saja aku maki dan baling rumahnya dengan batu biar dia belajar adat dan tak lagi sesuka hatinya membunyikan alam rumahnya. Apalah malang nasip selalu saja berjumpa jiran yang tak tau adat dan kurang ajar pula. Aku bertekad kali ini , aku akan membuat laporan polis jika jiran kurang ajar ini mengulangi lagi perangai buruknya. Aku tak mau sebab angkaranya aku hampir2 pengsan pagi ini. Dasar jiran kafir yang tak tau adat dan tak tau menghormati orang lain.Semoga Allah melindungi keluargaku dari gangguan jiran2 yang tak tahu menghormati orang lain :(
Wednesday, 7 December 2011
menghabiskan masa cuti persekolahan anak2 dengan banyak berihat dirumah, seronok juga kerana tak payah terburu-buru mengejar masa seperti hari persekolahan. Cuti sekolah tahun ini tak banyak aktiviti anak2 kecuali seminggu sekali menghantar anakku Ila ke kelas piano.Doaku semoga anakku ini dapat mengikuti kelas pianonya dan dapat menguasainya dengan baik.Berdebar juga hatiku bila mengingatkan keputusan PMR tak lama lagi akan diumumkan, doaku semoga anakku Zahid akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ini .Kesihan juga aku pada anakku Ina yang terpaksa bertungkus lumus tika anak2 yang lain berihat menghabaskan cuti dan dia masih menduduki peperiksaan SPM nya. Doaku semoga Allah memberikan yang terbaik buat anakku Ina , semoga kejayaan mengiringi segala kesusahan dan semoga Ina berjaya melangkah ke manara gading. Aamin.....................................
Friday, 2 December 2011
Agak lama tak menulis dalam blog comelku ini, maklum kesibukanku banyak menghalang untuk melakar dalam dairi comelku ini. Ah ! ini hanyalah alasan kerana kalau difikirkan, sememangnya manusia akan jadikan kesibukan sebagai batu penghalang untuk melakukan sesuatu . Ini termasuklah aku insan biasa yang selalu tak terkecuali dari kelemahan ini. Hari demi hari usiaku pun semakin mengusur mengikut masa. Tak lama lagi tahun 2011 akan melabuhkan tirainya dan tahun 2012 akan muncul membawa sinarnya. Ini bermakna usiaku pun akan bertambah mengikut datangnya tahun ini. Banyak sekali peristiwa yang berlaku dalam tahun ini kerana tahun ini juga bertambah lagi ahli keluargaku. Ini kerana anakku Lt. Hafiz telah melangsungkan perkahwinan dengan isterinya Elda. Aku telah mendapat seorang lagi menantu. Doaku agar menantuku Elda menjadi seorang menantu yang baik hati seperti menantuku Linda. Kedua menantuku ini akan menghiasi lagi keceriaan keluarga besarku.. Maha besar Allah yang mengurniakan aku keluarga yang ramai. Semoga perkahwinan anak2ku akan menambahkan lagi cucu2ku kerana cucu kesayanganku saza perlukan sepupu2 untuk bermain.Dalam blogku ini tak dapat aku gambarkan betapa sayangnya aku pada cucuku ini.keriangannya, tawa serta kepintarannya selalu menghiasi setiap ruang kehidupanku.Inilah rahmat ALLAH yang tak dapat digambarkan betapa sayangnya kita pada seorang insan yang bernama cucu. Mungkin perasaan ini hanya dapat dirasa oleh mereka yang sudah bergelar nenek sepertiku. Doaku semoga yang maha Esa sentiasa memberkati kehidupan anak2ku kerana cabaran dan rintangan pasti banyak yang harus mereka tempuhi. Doaku semoga mereka sentiasa beriman dan banyak2 bersabar kerana untuk mencapai sesuatu kejayaan dan kebahagian itu pasti banyak cabaran yang harus kita tempuhi. Inilah seribu kenangan yang aku dan suamiku tempuhi dalam kami membesarkan anak2 kami yang seramai 11 orang ini. Syukur alhamdulillah Allah memberikan yang terbaik untuk anak2ku kerana setakat ini hanya Ina, zahid , Ila dan anak bungsuku Ika yang belum mempunyai kerjaya lagi. Ku pohon padamu ya Allah agar anak2ku ini akan berjaya seperti abang2 dan kakak2 mereka. Semoga sinar 2012 yang tak lama lagi menampakan sinarnya akan membawa seribu kejayaan dan kebahagian dalam keluarga besarku. Aamin........................
Thursday, 17 November 2011
Syukur alhamdulillah ,anakku AYA telah mendapat keputusan yang cermelang dalam peperiksaan UPSR dgn 6A 1B .Walaupun hanya mendapat B dalam subjek kefahaman cina namun cukup membanggakan kerana bukan mudah untuk mencapai gred yang baik dalam subjek mandrin, terutama bagi pelajar2 melayu. Aku amat bangga dengan pencapaian anakku kerana dia merupakan anak tunggal yang mencatat 6A dalam keluarga dalam ujian UPSR kerana kesemua anak2 yang lain menduduki dalam aliran melayu ( S K ) Doaku semoga anakku dapat meneruskan pelajarannya kesekolah menengah dgan mengambil matapelajaran mandarin sebagai mata pelajaran teras.Lega juga hati ini kerana debaran demi debaran menanti keputusan anak2 dan lepas ini PMR pula akan keluar bulan november nanti. Doaku semoga anakku Zahid akan mencatat keputusan yang cemerlang. Buat anakku Sakinah yang sedang menduduki peperiksaan SPM , doa mak agar Allah memberkati setiap usaha anak2 mak n pak. Aamin..............................
Wednesday, 2 November 2011
Syukur alhamdulillah, kami baru saja balik dari menghadiri majlis konvo anak perempuan kami Anis. Aku dan suamiku amat bangga kerana ANIS merupakan anak perempuan kami yang pertama menamatkan pengajiannya diperingkat ijazah.Mengalir air mataku bila nama anakku diumumkan dalam majlis tersebut.Aku amat bangga kerana kesemua anak2 kami menunjukkan perestasi yang amat membanggakan. Doaku agar anak2 yang masih belajar dapat mencontohi kejayaan abang2 dan kakak mereka Anis berjaya ke menara gading.Sepanjang berada di semenanjung dapatlah aku berkumpul dengan anak2 yang bertugas disana( zizi, mizi n mie). Kami amat bersyukur kepada anakku Yazid dan isterinya Linda n cucu kesayanganku saza, kerana menempahkan kami penginapan yang amat mewah ( Grand BlueWave Hotel} semoga Allah memberkati kehidupan anakku Yazid sekeluarga yang begitu perihatin terhadap kami. Doaku semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan kami sekeluarga. Aamin..........................
Sunday, 9 October 2011
pagi ini merupakan hari terakhir peperiksaan PMR dijalankan. Kertas matematik diwaktu pagi dan mata pelajaran K H pada petang nanti.Doaku semoga anakku Zahid dapat menjawab soalan2 nanti dengan sempurna. Semoga Allah memberikan yang terbaik buat anak ku. A ku amat bersyukur dengan pengumuman baget baru2 ni kerana tempoh berpencen dipanjangkan keusia 60 tahun. Maknanya tempoh persaraan suamiku tidaklah berakhir tahun depan.Seronok juga bila bonas diberikan dan imbuhan kenaikan gaji buat semua kakitangan awam.Ya Allah hanya padamu segala kesyukuran ini aku pohonkan kerana suamiku maseh dapat menyumbang tenaga kepada bidang pendidikan. Lega juga hatiku kerana masih ada anak yang perlu dibiaya untuk pendidikan mereka. Semoga suamiku dapat ditukarkan ke sekolah yang agak dekat disekitar Kota Kinabalu kerana sudah agak lama bertugas di daerah Kota Belud iaitu lebih kurang 10 tahun.Doaku semoga Allah berikan yang terbaik buat suamiku agar dia dapat menyumbang tenaga dalam dunia pendidikan.
Tuesday, 4 October 2011
Hari ini adalah hari kedua peperiksaan P M R iaitu kertas bahasa inggeris 1 dan 2 dan sebelah petang pula kertas geografi. Doaku semoga diberikan kemudahan untuk anakku Zahid agar dia dapat menjawab kertas peperiksaannya dengan mudah. Debaran demi debaran jantungku setiap kali anak2ku menduduki peperiksaan.. Lepas anakku Zahid, Ina pula akan menduduki peperiksaan S P M. Doaku semoga kesemua anak2ku yang menduduki peperiksaan tahun ini akan mendapat keputusan yang cemerlang. Aamin........................
Monday, 3 October 2011
Semalam adalah ulang tahun kelahiran suamiku yang ke 57 tahun. Walaupun tak ada sambutan yang selalu kami adakan sekeluarga, namun kami berdua merayakannya dengan keluar berdua makan malam. Ini adalah atas permintaan suamiku yang tak mau menggangu anakku Zahid yang akan menduduki peperiksaan P. M. R pada keesokan harinya. Walaupun cuma kami berdua namun agak bermakna kerana mengingatkan kami pada saat2 di alam perkenalan dulu. Walaupun usia kami berdua sudah agak lanjut namun kenangan semalam seakan masih segar dalam ingatan. Doa kami berdua semoga kehidupan kami sentiasa mendapat keberkatan dan diberikan kesihatan yang baik dan dapat kami berdua melihat kejayaan anak2 kami.D oaku semoga suamiku sentiasa berjaya dalam kerjayanya dan diberikan kesihatan yang baik terutama di saat2 persaraannya tahun hadapan.Aamin.
Tuesday, 27 September 2011
Hari ini aku tiba2 terkenang kedua ibubapaku yang dah lama meninggalkan aku, mak dah pergi 15 tahun yang lalu dan ayah lebih kurang 12 tahun. Mungkin dah lama aku tak mengunjungi pusara mereka.Maklumlah aku amat sibuk dengan urusan keluargaku sehingga tak ada masa balik kampung untuk menjenjuk pusara mak n pak. Air mataku mengalir bila terkenang keduanya, kedua insan inilah yang banyak berjasa dalam kehidupanku. Walaupun keduanya sudah lama meninggalkanku, namun kasihsayang mereka sentiasa dalam kenangan yang tak dapatku lupakan sehingga keakhir hayatku. Doaku semoga Allah menempatkan mereka dikalangan mereka2 yang beriman. A"amin.
Wednesday, 14 September 2011
Hari ini adalah hari terakhir anakku Ila menduduki peperiksaan UPSR dimana kertas bahasa inggeris dan sains adalah kertas terakhir dalam ujian ini. Namun hari ini jadual anakku akan berakhir sampai jam 4 .00 petang kerana semua calun UPSR wajib menduduki ujian untuk IQ iaitu selama sejam lebih. Doaku semoga anakku dapat melalui hari2 terakhir peperiksaan ini dengan jiwa yang tenang dan semoga Allah berikan yang terbaik untuk anak kesayanganku ini. Debaran akan aku lalui dengan berbagai kerisauan setiap anak2ku yang menghadapi peperiksaan. Tahun ini merupakan tahun yang agak bersejarah juga kerana tiga anakku menghadapi peperiksaan yang agak besar iaitu UPSR, PMR dan SPM. Walaupun aku tahu setiap anak2ku ini sudah membuat persiapan yang agak cukup memberangsangkan juga, namun naluri seorang ibu tetap dirasai. Aku berdoa padamu ya Allah agar setiap anak2ku ini akan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan masing-masing.
Tuesday, 13 September 2011
Agak lama tak menulis dalam blog comel ini, banyak cerita yang tak dapat dicoretkan dalam blog ni. Minggu ni agak sibuk maklumlah cuti raya yang agak panjang dan banyak perkara yang harus dibereskan. Walau bagaimanapun aku amat bersyukur kerana dapat melaksanakan niatku untuk mengadakan majlis doa selamat untuk tiga anakku yang akan menduduki peperiksaan tahun ini.Walaupun agak kalamkabut namun majlis ni dapat juga disempurnakan. Buat anakku Aya yang sedang menduduki peperiksaan UPSR aku berdoa semoga dapat menghadapinya dengan jiwa yang tenang dan semoga berjaya dalam peperiksaan ini dengan cemalang. Minggu ini juga banyak peristiwa yang sedih dan gembira yang terpaksa ditempuhi, namun doaku semoga Allah
melindungi keluargaku.Aamin...............
melindungi keluargaku.Aamin...............
Saturday, 27 August 2011
m iggu ni merupakan minggu terakhir umat islam menjalankan ibadat puasa kerana syawal mungkin akan dirayakan pada hari selasa. Ah ! sedih juga kerana ramadhan akan meninggalkan kita, walaupun syawal akan disambut dengan kemenangan setelah berjaya mengawal nafsu makan di siang hari selama sebulan.Tahun ni aku amat bersyukur kerana dapat menyambut syawal bersama -sama anak2 kerana kesemua anak2ku termasuk menantu dan cucu kesayanganku akan balik ke Sabah menyambut lebaran ini. Namun aku sedih juga kerana anakku mie tak dapat balik kerana tak dapat cuti. Woow tak dapat di gambkan betapa gembira dan meriahnya rumah kami kerana keluarga besarku dapat berkumpul serta sempat berbuka puasa ramai2 :D Semoga kedatangan syawal kali ini membawa keberkatan dalam kehidupan kami sekularga. Doaku semoga Allah memberikan kesihatan yang baik serta memanjangkan usia ahli2 keluarga agar ramadhan tahun depan dapat disambut denganpenuh kerahmatan. Aamin....................................
Sunday, 31 July 2011
" Dalam kesempatan yang ada ini, rebutlah peluang untuk menambahkan pahala dengan melakukan ibadat- ibadat sunat selain berpuasa, seperti solat sunat terawih, perbanyakan bacaan al-Quran, bertadarus, bersedekah, beriktikaf di masjid dan menjamu orang ramai berbuka puasa. Sekurang-kurangnya kedatangan Ramadhan dapat mendekatkan kita kepada Allah SWT. "
Monday, 25 July 2011
"Seronok pula bila memikirkan minggu ni adalah minggu terakhir umat islam dapat makan pada waktu siang, kerana minggu depan Insyallah bulan Ramadhan akan menjelma. Wooow maknanya aku tak paya susah2 untuk masak pada tengah hari. Banyak juadah yang telah aku siapkan untuk dihidangkan semasa berbuka puasa nanti. Semoga ALLAH memberikan aku kesihatan yang baik dan dapat mengerjakan ibadat puasa tahun ini dengan sempurna.Aamin................
Saturday, 23 July 2011
Lucky me..
Proud Mom:)
Monday, 18 July 2011
Hari ini aku amat gembira kerana dapat menghadiri majlis penerimaan diploma anakku Azizi dalam konvokesyen Politeknik ke-15. Seawal pagi aku dan suami telah bersiap-siap untuk majlis konvo anak kami Azizi. Syukur Alhamdulillah kami amat bangga kerana Azizi telah berjaya mendapatkan diplomanya. Kami bersyukur anak2 kami telah menunjukan prestasi yang baik seperti abang2 dan kakaknya Anis . Semoga kejayaan ini akan di contoh oleh adik2 yang lain.
Sunday, 3 July 2011
M inggu ini agak sibuk kerana jadual anak2 yang terlalu padat sampai hari sabtu .Larian satu Malaysia yang diadakan serentak pada hari sabtu.Nampaknya tak dapat buat aktiviti minggu ni kerana terikat dengan jadual anak2. Hari ini tak dapat bergerak kemana- mana kerana jaga rumah sebab ada pemasangan lampu dan panggil orang untuk cuci penghawa dingin yang dah lama tak diservis. Adooi...........tak dapatlah jalan2 dengan honeyku kerana inilah aktiviti yang kami berdua lakukan pada penghujung minggu.Tak apalah sekali sekala habiskan hujung minggu lepak di rumah.......
Wednesday, 29 June 2011
Minggu ini jadual harianku agak sibuk kerana selepas menghantar ika n ila kesekolah, aku berkejar pula menghantar Anis ke maktab Gaya kerana menghadiri kursus. Adooi..............penat betul kerana keadaan jalan yang trafik jam terutama diwaktu pagi. Walau bagaimanapun aku tetap seronok kerana minggu ini juga cucuku saza ada di rumah. Sekurang-kurangnya kepenatanku terubat melihat kepintaran cucuku ini.
Saturday, 25 June 2011
Hari ini aku sibuk menguruskan anakku Zahid yang menghadiri kelas karate iaitu setiap hari sabtu. Walaupun hari sabtu jadualku agak padat dengan jadual anak2 yang begitu padat. Jam 9.oo pagi Ika menghadiri kelas tuisyen Mandarin .Syukur alhamdullilah tugas menghantarnya di ambil alih oleh suamiku, sekurang-kurangnya ringan bebanku.
Jam 2.00 petang aku bergegas ke sekolah anakku Ila n Ika kerana hari ini adalah perjumpaan ibubapa dengan guru2 sekolah untuk membincangkan mengenai perkembangan pelajaran anak2. Syukur alhamdulillah, kedua-dua anakku mendapat pencapaian yang sangat membanggakan . Anakku Ila mendapat top 1 dalam kelas 6 M sementara anakku Ika mendapat top 5 dalam kelas 4 M. Aku dan suamiku sangat bangga dengan pencapaian anak2 kami ini. Walaupun keduanya sekolah dalam aliran cina, namun keduanya dapat mengatasi pencapaian rakan2 mereka yang berbangsa cina. Syukur pada Allah, kerana memberikan otak yang cerdik pada anak2 kami. Semoga pencapaian ini akan dapat dikekalkan terutama pada anakku Ila yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada bulan september nanti.
Jam 2.00 petang aku bergegas ke sekolah anakku Ila n Ika kerana hari ini adalah perjumpaan ibubapa dengan guru2 sekolah untuk membincangkan mengenai perkembangan pelajaran anak2. Syukur alhamdulillah, kedua-dua anakku mendapat pencapaian yang sangat membanggakan . Anakku Ila mendapat top 1 dalam kelas 6 M sementara anakku Ika mendapat top 5 dalam kelas 4 M. Aku dan suamiku sangat bangga dengan pencapaian anak2 kami ini. Walaupun keduanya sekolah dalam aliran cina, namun keduanya dapat mengatasi pencapaian rakan2 mereka yang berbangsa cina. Syukur pada Allah, kerana memberikan otak yang cerdik pada anak2 kami. Semoga pencapaian ini akan dapat dikekalkan terutama pada anakku Ila yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada bulan september nanti.
Friday, 24 June 2011
:)
Tuesday, 21 June 2011
Oops , dah lama tak dapat menulis dalam blog comelku ini. Maklumlah sejak mula hari persekolahan ini aku sentiasa sibuk menguruskan tiga anakku yang bersekolah. Seawal pagi rutin harianku sibuk menguruskan suami dan anak2ku.Bila malam pula aku cepat mengantuk dan tak berpeluang untuk mencoretkan dalam blog comelku ini.Beberapa hari ini cuaca amat terik sekali dan dah tiga hari ini aku diserang batuk dan sakit kepala. Walaupun dah makan ubat namun tak juga reda2. Adoi................harap2 janganlah sampai teruk kerana aku amat risau kalau kesihatanku terjejas siapa yang akan mengurus anak2ku.Walau bagaimana sakit kepalaku, aku kuatkan semangat agar penyakit batukku ini tidak menjejaskan tugas2ku menguruskan keluargaku. Doaku semoga Allah memberikan aku kesihatan yang baik. Aamin........................
Friday, 17 June 2011
Seawal pagi aku bersiap-siap menguruskan anakku zahid, kerana hari ni sekolahnya belajar seperti biasa. Hari ini juga aku membawa kereta avanzaku untuk diservis . Nasibku baik kerana dapat giliran yang cepat dan tak paya tunggu lama. Maklumlah nak cepat sebab nak hantar anakku ika tuisyen petang nanti. Syukur alhamdullilah urusan servis keretaku dapat diselesaikan minggu ini.
Wednesday, 15 June 2011
Cuti sekolah penggal ni, aku berkesempatan melawat keluarga anakku yazid di Johor. Seronok kerana inilah kali pertama aku sampai ke Johor. Hari Rabu ,jam 3.20 petang kami tiga beranak, Ila n Ika bertolak dari LCCT Kota Kinabalu. Perjalanan kami sangat menyeronokan kerana inilah kali pertama aku ke semananjung tanpa di temani suamiku { tak dapat cuti}. Seronoknya bila dapat bertemu cucuku saza. Wah semakin besar dan cerdik cucuku ini .Sepanjang berada di semenanjung dapatlah aku bertemu dengan anak2 yang lain, mizi, mimi,aziz.Terima kasih buat anakku yazid dan menantuku linda serta cucuku saza yang melayan kami dengan baik sepanjang berada di semenanjung. Doaku semoga Allah melindungi serta memberkati kehidupan kami sekeluarga. Aamin.
Tuesday, 7 June 2011
Makna Jamak ialah dihimpunkan
Makna Qasar ialah dipendekkan
Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- "Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah".
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.
Jamak Takdim dan diQasarkan (di pendekkan)
1.Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim.
Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".
Jamak Takhir dan diQasarkan (di pendekkan)
2.Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.
Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:- "Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"
Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".
Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-
Jamak takdim dan diqasarkan (di pendekkan)
1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.
Niat untuk sembahyang magrib ialah "Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".
Jamak takhir dan diqasarkan (di pendekkan)
2.Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.
Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir "Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak"
Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang magrib ialah "sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah".
Makna Qasar ialah dipendekkan
Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- "Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah".
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.
Jamak Takdim dan diQasarkan (di pendekkan)
1.Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim.
Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".
Jamak Takhir dan diQasarkan (di pendekkan)
2.Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.
Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:- "Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"
Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".
Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-
Jamak takdim dan diqasarkan (di pendekkan)
1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.
Niat untuk sembahyang magrib ialah "Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".
Jamak takhir dan diqasarkan (di pendekkan)
2.Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.
Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir "Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak"
Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang magrib ialah "sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah".
Tuesday, 31 May 2011
Seronok juga hari ni kerana sekolah bercuti dan anak2 semua berada di rumah. Kesibukan tak seperti hari2 persekolahan dan semua aktiviti anak2 dibuat perlahan. Harap2 cuti ni dapatlah rehat2 dengan secukupnya. Tapi sedih pula bila buka fb hari ni bila tahu cucuku saza semacam kena demam campak. Aku telefon menantuku linda dan bertanyakan keadaan cucuku saza, syukurlah keadaan cucuku taklah membimbangkan. Doa ku semoga Allah melindungi cucuku dan cepat sembuh.......
Monday, 30 May 2011
Puisi 2:)
Kehijauan yang mengamit keindahan,
menghiasi setiap kehidupan insan,
kehijauan ini adalah umpama butir-butir mutiara,
menyejukan setiap penghuni alam,
jangan musnahkan kehijauan ini,
pada yang tak menghargai kehijauan alam ini,
jangan musnahkannya dengan jari- jari kasarmu,
peliharalah segala kurnian ilahi ini,
kekalkanlah segala kehijauan alam ,
agar kehidupanmu sentiasa secantik,
pohon-pohon menghijau ini...................
Karya MYFJ 2011
menghiasi setiap kehidupan insan,
kehijauan ini adalah umpama butir-butir mutiara,
menyejukan setiap penghuni alam,
jangan musnahkan kehijauan ini,
pada yang tak menghargai kehijauan alam ini,
jangan musnahkannya dengan jari- jari kasarmu,
peliharalah segala kurnian ilahi ini,
kekalkanlah segala kehijauan alam ,
agar kehidupanmu sentiasa secantik,
pohon-pohon menghijau ini...................
Karya MYFJ 2011
Sunday, 29 May 2011
Hasil Tanaman Kebun Mini:D
Seronoknya hari ini kerana cuti sekolah dan cuti kaamatan, aku dan suami pagi2 lagi sudah bersiap-siap membersihkan kebun kecil kami di belakang rumah. Inilah rutin kami bila ada cuti kerana jadual kerja yang sibuk maka jarang dapat menjenguk mini kebun kami. Wah...........amat menyeronokan bila semua tanaman kami seperti kelapa, lemon, mangga dan jambu manis menghasilkan buah. Pokok kelapa mawar ini telah berusia sepuluh tahun iaitu seusia dengan rumah kami telahpun menghasilkan buah. Seronoknya aku dan suamiku mengambil hasil tanaman kami, walaupun tak banyak tapi cukup untuk keseronokan kami sekeluarga. Kata orang tak rugi jika kita berbudi pada tanah............Dalam blog comelku ini , ku catatkan kegembiraanku dan suamiku memetik hasil tanaman mini kebun kami :)
Saturday, 28 May 2011
Syukur alhamdullilah, selepas magrib semalam anakku Yazid menelifonku memberi tahuku dia mendapat tunggakan gajinya .Anakku telah mengirimku duit . Syukur anakku ini sangat mengambil berat kebajikan kami sekeluarga. Walaupun tanggungnya juga agak berat kerana terpaksa bayar sewa rumah, kereta namun tak pernah melupai tanggungjawapnya sebagai seorang anak. Doaku semoga kehidupan anakku sentiasa mendapat keberkatan Allah, dimurahkan rezeki dan mendapat kedudukan yang baik dalam pekerjaannya. Aamin.
Tuesday, 24 May 2011
PUISI..
Kehidupan ini adalah keindahan,
keindahan itu adalah satu memori yang mencatat seribu kenangan,
walaupun selalunya tidak seindah memori semalam,
pada kenangan semalam, mencatat butir-butir memori indah
begitu cepat masa berputar,secepat putaran masa,
pada yang alpa, pasti akan menangisi berlalunya memori semalam,
kehidupan pasti akan mencatat memori indah, seindahnya mawar merah.................
NUKILAN FJMY/ 2011.
keindahan itu adalah satu memori yang mencatat seribu kenangan,
walaupun selalunya tidak seindah memori semalam,
pada kenangan semalam, mencatat butir-butir memori indah
begitu cepat masa berputar,secepat putaran masa,
pada yang alpa, pasti akan menangisi berlalunya memori semalam,
kehidupan pasti akan mencatat memori indah, seindahnya mawar merah.................
NUKILAN FJMY/ 2011.
Sunday, 22 May 2011
Cucuku Saza:)
Friday, 20 May 2011
Competition Anakku:)
Walaupun hari ini hari sabtu, aku seperti biasa sibuk seawal pagi untuk bersiap-siap membawa kedua anakku Ila n Ika untuk competition essay mandarin di chung hwa kg Air.Kedua-dua anakku sangat bersemangat untuk mengikuti pertandingan ini. Seronok sekali melihat ramai ibubapa yang mengiringi anak2 masing2.Bertuah sekali anak2 ini yang selalu mendapat perhatian dan galakan daripada ibubapa masing-masing.Doaku semoga kedua anakku akan berjaya dalam pertandingan ini. Pagi ini juga selepas menghantar anak2ku, aku telah berjumpa sahabat lamaku yang dah lama tak bertemu selepas menghadiri kursus KAAK dulu.Seronoknya bertemu kawan lama dan banyak benda yang dibualkan.Adooi................................jam dah 1.20 petang dan bersiap-siap pula untuk menghantar anakku Ika ke tuisyen :P
Adoi...................... punyalah penat hari ini, sejak dari pagi tak dapat rehat. Jam 12.00 tengah hari baru sampai rumah, lepas tu hantar syafiqah ke tuisyen jam 1.30 petang.Lepas tu ambil Zahid ke sekolah. Jam 3.00 petang tunggu ika kerana tak larat nak balik rumah kerana traffic jam. Adoi........................penatnya tuhan sajalah yang tahu :) Beginilah rutin harian yang terpaksa aku lalui. Tetapi yang seronoknya, aku memandu kereta baruku Toyota Avanza kesayanganku :D
Thursday, 19 May 2011
Tuesday, 17 May 2011
AVANZA BARU:p

Monday, 16 May 2011
Tanggal 16/5 merupakan tarikh keramat bagiku kerana pada tarih inilah aku dilahirkan ke dunia oleh ibu kesayanganku aruah Hajjah Sarah 51 tahun yang lalu. Pada tanggal ini jugalah telah diiktiraf sebagai " Sambutan Hari Guru di Malaysia." Setelah 51 tahun kehidupan ini penuh dengan berbagai kenangan, iaitu kenangan sebagai seorang anak, seorang isteri dan ibu kepada 11 orang anak2. Sebagai seorang ibu dan isteri kepada seorang pendidik ( En, Muhamad Yew)aku amat berbangga kerana diberikan suami yang baik dan anak2 yang selalu menyayangi diriku. Dalam usia emasku ini, aku bersyukur diberikan kehidupan yang lengkap oleh penciptaku ( Allah ) kerana selalu di dampingi oleh insan2 yang sangat menyayangiku ( anak2ku, menantuku Linda yang baik hati serta cucuku saza) mereka2 inilah yang memberikan kekuatanku walaupun kekadang badan ini selalu sakit2 maklumlah usiapun sudah menghampiri emas . Anak2ku tak pernah melupai setiap tahun tarikh ulang tahun kelahiranku, ada saja hadiah yang diberikan dan anak2 yang jauh akan menelefonku. Buat anakku Mizi terima kasih kerana belanja makan malam( sebelum berlepas balik ) Buat anakku Yazid serta menantuku Linda terima kasih belikan kereta Avanza ,untuk anakku Mimi terima kasih kerana memasukan wang ke akaun mak , untuk anakku Hafiz dan Azizi terima kasih kerana menelefon mak , buat anak2ku Anis, Fathin, Ina, Zahid,Ila dan Ika kerana membelikan mak perfume .Buat suamiku terima kasih kerana menyayangiku dan cucuku Saza yang memberikan kegembiraan dan keceriaan dalam kehidupan keluarga besarku. Ya Allah inilah kurnianmu yang sangat berharga untukku dalam menempuhi kehidupanku diusia emas.Doaku semoga Allah memberkati kehidupan keluargaku. Aamin.
Sunday, 15 May 2011
Jam 8.00 malam aku memandu kereta kenari ke Tuaran untuk mengambil anakku Fathin yang tak sihat. Walaupun keadaan jalanraya yang agak licin disebabkan hujan yang turun agak lebat petang tadi aku memandu keretaku dengan laju kerana bimbang keadaan anakku Fathin.Syukur Alhamdulillah, semuanya selamat kerana keadaan Fathin tidaklah membimbangkan .Jam 9.30 mlm aku selamat sampai kerumah bersama anakku fathin dan Anis.
Saturday, 14 May 2011
MEMORI BERSAMA KERETA KELISAKU...

Sedih pula hatiku berpisah dengan kereta kelisa merahku( SAA 277C) setelah sepuluh tahun menggunakannya mengurus anak2ku ke sekolah. Sepanjang aku menggunakan keretaku ini tak pernahlah berlaku sesuatu yang membahayakan. Syukur alhamdullilah walaupun sedih aku tetap akur berpisah dengan kereta kelisaku ini kerana anak dan menantuku ( yazid n linda) telah membelikan aku sebuah kereta Toyota Avanza yang mana menjadi idamanku sejak dulu. Syukur Alhamdullilah, Allah memberikan aku anak dan menantu yang baik kerana begitu bermurah hati membelikan aku kereta ini.Doaku semoga Allah memberkati kehidupan anakku Yazid sekeluarga. Aamin


Saturday, 7 May 2011
Sunyi terasa pagi ini kerana cucuku saza telah balik ke Johor bersama-sama daddy dan mamynya kelmarin. Walaupun agak sedih untuk berpisah dengan cucu kesayanganku namun aku tetap akur kerana anakku Yazid akan mula bertugas kerana cutinya selama seminggu sudah selesai. Terima kasih buat anakku Yazid serta menantuku Linda yang begitu perihatin terhadap semua kebajikan kami.Doaku semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan anakku.Aamin.

Tanggal 8/5 adalah tarikh keramat bagi semua wanita2di dunia yang bergelar ibu, kerana tarikh ini telah ditakrifkan sebagai tarikh " Sambutan Hari Ibu". Sebagai seorang ibu aku amat bangga kerana anak2 begitu mengingati pengorbanan seorang insan yang sangat berjasa dalam kehidupan mereka. Sebagai seorang ibu aku amat bersyukur kerana Allah memberikan aku anak2 yang ramai dan amat bangga dengan pencapaian setiap anak2ku. Walaupun terpaksa melalui berbagai kesulitan dan cabaran yang banyak ketika membesarkan anak2ku, namun aku amat bangga kerana semua anak2ku berjaya dalam bidang masing2.Doaku dalam melalui usia emas ini, aku dapat melihat kesemua anak2ku berjaya menjadi insan2 yang berjaya di dunia dan ikhirat.Aamin.
Saturday, 30 April 2011
Pagi ni seperti biasa aku bersiap-siap untuk menghantar kedua anakku Ila n Ika ke tuisyen.Selepas keduanya selamat aku hantar, aku beredar degan niat hendak pergi ke pekan Inanam untuk membeli barang2 keperluan rumah tetapi aku begitu tertanya-tanya kenapa begitu ramai anggota polis membuat sekatan jalan.O_o......aku amat takut apabila mengetahui berlaku satu rompakan di kedai emas di pekan Inanam. Disebabkan aku terperangkap dalam kesesakan jalan raya maka agak susah untuk aku berpatah balik. Aku teruskan juga untuk melihat kejadian itu, perompak itu menembak seorang pak cik pemandu kereta sapu dan berjaya melepaskan diri.Aduh bertambah takut aku dan berdoa semoga Allah melindungiku dari terserempak dengan perompak itu. Syukur aku berjaya memboloskan keretaku dari kesesakan itu.....dan selamat mengambil kedua-dua anakku.
Thursday, 28 April 2011
"Senja yang indah, membawa seribu kisah insan-insan yang berbeza.Walaupun hadirmu hanya seketika. Namun kau coretkan berbagai memori kehidupan insan.pergilah kau berlalu wahai senja yang indah, esok kau pasti akan mewarnai kehidupan ini............"
karya nukilan,
FJ2011:)
"Sunset is beautiful, bringing different thousand stories to each beings .Although it's only briefly. But you paint many memories over the life of me.Just go... O beautiful sunset, tomorrow you're sure to color the life of me again ........ ...."
the work piece,
FJ2011:)
karya nukilan,
FJ2011:)
"Sunset is beautiful, bringing different thousand stories to each beings .Although it's only briefly. But you paint many memories over the life of me.Just go... O beautiful sunset, tomorrow you're sure to color the life of me again ........ ...."
the work piece,
FJ2011:)
Subscribe to:
Posts (Atom)